PH Tidak Profesional, Turun Had Harga Kediaman Warga Asing Kesilapan Besar

KUALA LUMPUR 15 Okt – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak profesional dalam mengurus negara.

Beliau berkata demikian merujuk kepada penurunan had harga kediaman yang boleh dijual kepada pembeli warga asing daripada RM1 juta kepada RM600,000 seperti mana yang diumumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada pembentangan Belanjawan 2020, Jumaat lepas.

“Mereka menurunkan harga RM600 ribu dan ini adalah satu kesilapan yang besar dan ini akan menyebabkan pemilikan warga asing dan pada yang sama pemaju akan mengambil kesempatan jika misalnya ada berharga RM550 ribu dan pemaju akan menaikkan kepada RM610 ribu supaya warga asing dapat membelinya.

“Ini adalah satu kaedah yang tidak tepat dan kelihatan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraidah Kamaruddin tidak tahu apa yang dibuat Menteri Kewangan, Lim Guan Eng,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Sepatutnya, jelas beliau, apa-apa perkara baru yang akan di umumkan, Kementerian Kewangan harus di rujuk kepada Menteri yang terbabit.

“Ini menunjukkan PH tidak profesional… apa yang ditunjukkan Menteri Kewangan tidak betul kerana tidak berbincang dengan KPKT berhubung penurunan had maksima warga asing.

“Apa yang dibuat ini kelihatan menolong pemaju dan bukannya rakyat,” katanya.

Ujarnya, perkara begini tidak pernah berlaku pada zaman kerajaan terdahulu.

“Dia boleh menelefon Kementerian terbabit dan ini jauh berbeza dengan kerajaan hari ini, memalukan kerana kenyataan secara umum bahawa Menteri KPKT tidak tahu tentang perkara yang diumumkan itu.

“Saya pernah membuat bajet bersama Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada ketika itu dan bekas Perdana Menteri ini akan menelefon setiap menteri jika melibatkan kementerian itu agar apa yang dirancang oleh kementerian tidak bercanggah dengan apa yang akan diumum oleh Menteri Kewangan,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.