Pemansuhan RUU Anti Berita Tidak Benar: Malaysia Dilihat Tidak Setaraf Dengan Negara Maju – Noraini

KUALA LUMPUR, 9 Okt –  Ahli parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad berkata pemansuhan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Berita Tidak benar sebenarnya menyebabkan Malaysia dilihat tidak setaraf dengann negara-negara maju yang lain kerana sebarang undang-undang digubal atau dimansuhkan mestilah menunjukkan negara disediakan dengan satu jalur hukum yang progresif dan bukan lama atau tidak tidak terkebelakang.

Menurut beliau sebagai contoh walaupun berdepan dengan plbagai kritikan, umum menyaksikan Akta Keselamatan Dalam negeri (ISA) dimansuhkan walaupun telah beropersai sejak 1960-an kerana ketika itu kerajaan Barisan Nasional (BN) mahukan undang-udang yang lebih progresif dan lebih relevan dengan keadaan semasa.

“Singapura telah memperkenalkan undang-undang yang dikenali Protection From Online False Hoods And Manipulation Act yang telah berkuatkuasa baru-baru ini sahaja, iaitu 2 Oktober yang lepas.

“Dan tujuannya adalah untuk membanteras penyebaran berita tidak benar dan penipuan dalam talian. Hukuman yang dikenakan kalau menyebarkan berita palsu boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun. Itu baru Singapura. Kalau kita tengok negara maju yang lain seperti Jerman, Perancis, dan beberapa negara di EU juga telah mengorak langkah untuk merangka dan melaksanakan undang-undang yang serupa untuk menyekat kegiatan penularan berita palsu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan pemansuhan RUU Anti Berita Tidak Benar, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Tambah Noraini lagi persoalannya sekarang kenapa undang-undang ini dimansuhkan sedangkan akta ini pada pandangannya sangat baik dan relevan dalam keadan semasa.

“Apakah sebab mungkin ianya diperkenalkan pada zaman BN maka akta ini telah dianggap sebagai satu akta yang salah. Jadinya atas kesedaran itulah dengan niat yang baik iaitu demi kepentingan negara, kerajaan BN sebelum ini telah mencadang dan memperkenalkan akta tersebut,” ujarnya.

Tambahnya lagi sejak akta itu digubal hanya ada satu sahaja kes yang dibicarakan di bawahnya dan kes tersebut melibatkan warga Denmark yang didakwa menerbitkan berita tidak benar kononnya polis lewat tiba semasa kes pembunuhan warga Palestin di Setapak. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.