Kes Adib: Tuntut Ganabatirau, Kulasegaran, Waytha Moorthy, Gobind Singh Dan Xavier Bertanggungjawab – A’zlan

KUALA LUMPUR 28 Sept – Pengerusi Gerakan TUNTUT Malaysia, A’zlan Abu Bakar menzahirkan rasa syukur setelah mendengar keputusan Mahkamah Koroner semalam yang dibacakan sendiri oleh Koroner Rofiah Mohamad memutuskan bahawa kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berpunca dari perbuatan jenayah akibat di pukul.

Katanya, dengan prinsip Kedaulatan Undang-Undang pihak berkuasa perlu menyegerakan siasatan serta tindakan terhadap penjenayah yang terlibat dan tertuduh dapat ditangkap secepat mungkin.

“Kami melihat perkara yang lebih serius adalah siapa pencetus sehingga membawa kemaraan ribuan bangsa India ke tempat kejadian di Kuil Sri Maha Mariaman Seafield dan mengakibatkan rusuhan serta pergaduhan.

“Kami percaya lebih ramai pemimpin-pemimpin yang berpengaruh akan melakukan perkara sebegini lagi dengan mengeluarkan kenyataan hasutan kepada kaum terutamanya,” katanya kepada UMNO-Online.

Justeru, Gerakan TUNTUT telah menyimpan segala bukti-bukti berbentuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa orang pemimpin Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berbau hasutan pada hari sebelum berlakunya rusuhan itu hingga menghasut ribuan bangsa India berkumpul dan merusuh di tempat kejadian.

Katanya, Pihak berkuasa iaitu Polis Di Raja Malaysia (PDRM) harus mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan terhadap beberapa orang pemimpin ini iaitu:

1- EXCO Kerajaan Selangor, V. Ganabatirau yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan jahat mendakwa orang Islam menyerang Kuil Sri Mariaman sehingga mempengaruhi 10,000 masyarakat Hindu untuk keluar merusuh di Kuil Sri Maha Mariamman pada malam arwah Adib dibunuh.

2- Empat orang Menteri PH iaitu M. Kulasegaran, P. Waytha Moorthy, Gobind Singh Deo dan Xavier Jayakumar yang mengeluarkan kenyataan bersama berbaur hasutan sehingga menyemarakkan lagi api kemarahan masyarakat Hindu untuk keluar berkumpul beramai-ramai merusuh di Kuil tersebut pada malam kedua yang telah mengakibatkan kematian arwah Adib dibunuh.

Katanya, pemimpin yang berjawatan dalam Kerajaan PH sendiri beranggapan seperti mereka ini berperisai untuk melakukan dan mengatakan apa sahaja tanpa memikirkan kesannya malah akhirnya menutup kesilapan dengan memohon maaf atau U-turn semula kenyataan yang telah dikeluarkan.

“Seandainya pencetus kejadian ini rasa bertanggungjawab, kami di Gerakan TUNTUT menggesa mereka untuk hadir ke balai Polis bagi membantu pihak polis melakukan siasatan dalam usaha mendapatkan siapa pesalah yang memukul Arwah Adib di tempat kejadian,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.