Tempoh Tujuh Hari Untuk PH ‘Rehatkan’ Azmin, Jejas Integriti Dan Moral Negara

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Suara Anak Muda 1Malaysia memberi tempoh tujuh hari kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengambil tindakan ke atas Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana dikatakan terlibat dengan seks songsang yang kini telah memalitkan imej negatif kepada negara.

Pengerusinya Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika tiada sebarang tindakan diambil, NGO tersebut bersama Sekretariat Suara Rakyat dan Pertubuhan Bangkit akan menyerahkan laporan forensik yang dibuat ke atas video semburit kepada Polis Bukit Aman agar tindakan terhadap individu yang terbabit dalam salah laku seks luar tabii dapat dilakukan.

Hari ini, ketiga-tiga NGO terbabit menyerahkan laporan forensik tersebut kepada pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Hari ini kita serahkan dulu kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan kita beri tempoh tujuh hari. Sekiranya tiada sebarang tindakan maka kita akan serahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Bukit Aman dan seterusnya kepada YDP Agong.

“Laporan forensik yang kita serahkan ini adalah hasil daripada pakar forensik UK, James Zjalic dan hasil laporan ini membuktikan bahawa Azmin adalah pelaku dalam video seks songsang tersebut,” ujar beliau kepada media selepas menyerahkan laporan forensik tersebut kepada wakil pejabat Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Tambah Armand, laporan tersebut diserahkan agar Tun dapat merehatkan Azmin daripada senarai kabinet kerana apa yang menimpa Azmin kini memalukan negara.

“Ini adalah soal integriti dan moral kepimpinan kerajaan Malaysia. Azmin selaku Menteri Ekonomi dan diberi tanggungjawab untuk meningkatkan ekonomi negara, tetapi malangnya dia telah terpalit dengan tingkah laku memalukan.

“Kita hormat Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri, tetapi pada masa sama kita tidak mahu pemimpin yang terpalit dengan isu moral ini ada dalam kabinet kerajaan Malaysia maka sudah sampai masa Tun menolak politik kebencian dan ambil kepentingan negara sebagai agenda pentadbirannya. Kita mahu beliau rehatkan Mohamed Azmin sebagai menteri,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.