Alasan Tahi Burung Lawak Pecah Perut, Adakah Ini ‘Ubah’ Yang Dilaungkan PH?

PANTI, 29 Julai – Sekali lagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bagi alasan lawak pecah perut….

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Hahasrin Hashim berkata, alasan Kerajaan negeri kononnya insiden murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang, mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang turut berpunca daripada pencemaran najis dan hama burung merpati di beberapa bilik darjah tidak dapat diterima oleh rakyat khususnya mereka yang terbabit secara langsung.

Jelas beliau, sejak pentadbiran negara diambil oleh PH, rakyat semakin boleh menilai bagaimana kerajaan baru menangani masalah yang menimpa rakyat hanya dengan sambil lewa berbanding kerajaan lama yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN).

“Berbanding dengan BN, bila ada masalah menimpa rakyat atau bencana alam, kita akan tangani dengan baik dan memastikan ia tidak berulang. Banyak penambahbaikan akan dilakukan. Namun sayangnya, kerajaan PH ternyata gagal dan terus gagal.

“Saya sendiri tidak dapat terima bagaimana PH boleh memberi alasan tahi burung untuk menutup kelemahan mereka. Adakah sebenarnya mereka cuba melindungi sesuatu? Rakyat tahu pencemaran itu disebabkan sisa toksik dan buktinya ada jadi mengapa tahi burung pula yang menjadi mangsa?

“Adakah nyawa manusia tidak penting bagi kerajaan baru ini sehinggakan mereka memandang sambil lewa dan membiarkan kanak-kanak terus menjadi mangsa hanya disebabkan kepentingan politik,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Jesteru beliau berharap, rakyat akan dapat menilai sebaik mungkin bagaimanakah tahap pentadbiran kerajaan PH ini.

“Inikah yang diuar-uarkan dulu kononnnya mereka jauh lebih baik daripada BN? Inilah ‘ubah’ yang dimaksudkan oleh PH?

“Jika inilah tahap pentadbiran PH, tidak mustahil slogan kerajaan sepenggal yang dimainkan natizen bakal menjadi kenyataan,” katanya. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.