Pendirian Mujahid Di Xinjiang Dan Beijing Malukan Negara Dan Umat Islam

KUALA LUMPUR, 29 Jun – Kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof Rawa semasa lawatanya ke Xinjiang dan Beijing menggambarkan betapa terkebelakangnya pendirian Kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkaitan isu hak asasi masyarakat minoriti Islam di Xinjiang.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penggunaan terma ‘pusat latihan’ adalah ‘an endorsement’ kepada dasar penindasan umat Islam di Xinjiang.

“Begitu juga apabila beliau menyifatkan laporan mengenai penindasan umat Islam di China sebagai ‘berita palsu dari China’ apabila berucap di Bejing Foreign Studies University.

“Tiada ‘pusat latihan’ di Xinjiang. Yang ada adalah ‘concentration camp’ yang
mempunyai hanya satu tujuan, iaitu menghapuskan identiti, kepercayaan dan budaya golongan minoritI seperti Uighur, Kazakh, Tajik dan lain-lain,” bidas beliau dalam kenyatan media hari ini.

Tegasnya, Dr Mujahid seharusnya menyampaikan rasa prihatin, kesal dan protes yang sangat mendalam dalam diri umat Islam Malaysia dan dunia terhadap apa yang berlaku di Xinjiang.

“Tetapi apa yang berlaku ialah beliau memberikan ‘persetujuan’ terhadap dasar
penindasan yang sistematik terhadap golongan minoriti khususnya Uighur di Xinjiang.

“Tindakan beliau bukan sahaja sangat memalukan, tetapi sangat melukakan hati umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

“Pendirian Dr Mujahid, jika tidak dijelaskan, bolehlah ditafsirkan sebagai pendirian Malaysia. Dan pendirian seumpama ini adalah sangat jelek dan tidak boleh diterima dari sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam.”

Jelasnya, pada 25 hingga 28 Feb 2019, beliau telah di jemput untuk menghadiri “Thematic Briefing on China’s Ethnic Minority and the Promotion of Unity and Solidarity Among Ethnic Groups in Xinjiang” anjuran Biro Antarabangsa, Parti Komunis China yang melibatkan hampir 200 perwakilan dari pelbagai parti politik dari seluruh dunia dijemput.

“Kami telah diberikan penerangan, dibawa melawat dan bertemu serta mendengar
pelbagai penjelasan termasuk pertemuan dua hala dengan ‘Vice Minister for
Internatinal Cooperation’ dan pegawai tinggi dari Biro Antarabangsa CPC. Namun
kami tidak dibawa melawat ke kem di mana hampir sejuta orang Islam ditahan.

“Kami telah menyatakan dengan jelas dalam pertemuan kami dengan perwakilan dari China kebimbangan dan kegusaran kami terhadap dasar memerangi ektremisme
China di Xinjiang. Ia tidak boleh dilaksanakan dengan menafikan hak asasi dalam mengamalkan agama, cara hidup dan budaya.”

Malah maklum beliau, kumpulan ini nyatakan juga betapa program lawatan yang dianjurkan tanpa dibawa melihat keadaan ‘kem tahanan’ sebenar telah meyakinkan bahawa ada sesuatu yang ingin disembunyikan.

“Akhirnya kami berpandangan bahawa apa yang cuba dilaksanakan oleh Kerajaan
China ialah usaha sistematik untuk menghapuskan identiti, kepercayaan dan cara hidup masyarakat minoriti di Xinjiang.

“Dan ia dilaksanakan atas nama memerangi
keganasan dan memupuk solidariti dan perpaduan.”

Sehubungan itu, beliau mendesak Kementerian Luar menjelaskan pendirian sebenar Kerajaan PH dalam perkara ini.

“Kegagalan berbuat sedemikian akan menyebabkan tindakan Dr Mujahid ditafsirkan sebagai rasmi Malaysia.” – MediaUMNO