Fakta, Realiti Ekonomi Negara Hari Ini Buktikan Sekali Lagi PH Penipu – Najib
KUALA LUMPUR, 19 Jun – Fakta dan realiti ekonomi negara hari ini membuktikan sekali lagi bahawa Pakatan Harapan (PH) adalah penipu, bidas bekas Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Katanya dalam hantaran di Facebook, tuduhan PH bahawa ekonomi rosak dan sedang menuju ke arah negara bankrap semasa beliau menjadi PM jelas ?????????? ??? ??????????? mereka.
“Sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH sering tuduh saya telah rosakkan ekonomi Malaysia semasa saya PM. Ramai yang ?????ℎ percaya.
“Tetapi apakah realitinya selepas rakyat kini boleh perhatikan apa yang telah berlaku selepas satu tahun PH memerintah?,” soalnya.
Bagi menyangkal tuduhan PH, Najib yang juga bekas Menteri Kewangan membawa beberapa perbandingan fakta ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN) dan PH kini.
“Pertumbuhan Keluaran Negara Dalam Kasar (KDNK) semasa saya PM adalah jauh lebih tinggi dari keempat-empat harimau Asia dan sering antara tertinggi di ASEAN dan dunia. Hari ini, kadar pertumbuhan KDNK di bawah PH adalah lebih rendah dari purata semasa saya PM.
“Walaupun hutang naik RM360 bilion pada tempoh sembilan tahun semasa saya PM, saiz dana Bank Negara Malaysia (BNM), Petronas dan Khazanah Nasional sahaja juga naik RM360 bilion.
“Saiz ekonomi tahunan berkembang RM600 bilion manakala tabung-tabung rakyat berganda naik sebanyak RM770 bilion,” jelasnya.
Begitu juga yang berkaitan hutang negara, ujarnya lagi.
“Dulu, PH sering kutuk saya apabila hutang telah naik RM360 bilion dalam masa sembilan tahun atau purata RM40 bilion setahun.
“Kini kita sudah tahu bahawa PH hanya perlu satu tahun sahaja untuk naikkan hutang negara sebanyak RM100 bilion dan mereka masih kuat berusaha meminjam lagi termasuk bon Samurai dan bon Panda.
“Pada masa yang sama, pertumbuhan ekonomi negara di bawah PH juga lemah manakala dana-dana seperti Petronas, Khazanah Nasional dan Tabung Haji menyusut,” kesalnya.
Manakala bagi nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) pula, Najib berkata pernah mengukuh sehingga RM3.00 berbanding USD.
“Setelah setahun di bawah PH, Ringgit lemah semula menjadi USD1 bersamaan RM4.18,” katanya.
Bagi indeks bursa saham tambah Najib lagi, juga berganda dari 800 mata pada awal tahun 2009 ketika beliau mula menjadi PM kepada hampir 1,900 mata semasa BN kalah pada Mei tahun lalu.
“Pada masa BN, Bursa Malaysia diberi gelaran “World’s longest running bull market”.
“Di bawah PH, indeks Bursa pernah jatuh 300 mata ke bawah 1,600 sebelum memulih sedikit ke 1,640 hari ini.
“Di bawah PH, Bursa kini dapat gelaran baru iaitu bursa saham ?????? ????? dalam dunia. ??? ???,” bidasnya.
Fakta seterusnya adalah mengenai pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia, jelas Ahli Parlimen Pekan itu.
“Pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia juga telah naik 104% pada masa saya PM dari RM2,552 pada akhir tahun 2007 menjadi RM5,228 pada tahun 2016.
“Angka untuk 2017 tentu akan meningkat dengan kadar lebih tinggi kerana ekonomi tahun 2017 adalah baik tetapi Jabatan perangkaan tidak membuat bancian tiap-tiap tahun.
“Ini jauh lebih tinggi dari tujuh tahun terakhir PM ke-4 di mana pendapatan bulanan rakyat hanya naik 28% dari RM1,724 pada tahun 1997 ke RM2,211 pada tahun 2004,” katanya. – MediaUMNO