Isu Agihan Zakat : YDP MAINPP Diam Seribu Bahasa? Soal Pemuda UMNO

PERGERAKAN Pemuda UMNO Nibong Tebal melihat isu agihan zakat oleh pemimpin Dap di Pulau Pinang semakin menjadi-jadi walaupun menerima pandangan dan kecaman hebat dari netizen serta masyarakat di Pulau Pinang dan seluruh Malaysia.

2. Pemimpin-Pemimpin Dap Pulau Pinang seperti tidak ambil pusing dan tidak kisah dengan apa yang berlaku tentang isu ini.

3. Selepas ditularkan agihan Zakat oleh YB Chris Lee Chun Kit ADUN Dap Pulau Tikus dan YB Rayer Ahli Parlimen Dap Jelutong, terbaru YB Kasthuriraani Patto Ahli Parlimen Dap Batu Kawan yang jelas menyampaikan kit zakat di dalam ruang solat sebuah masjid di negeri ini tanpa mengendahkan pandangan dan nasihat masyarakat khususnya tentang urusan zakat ini.

4. Tindakan mereka jelas menjadikan agihan zakat ini untuk agenda dan kepentingan politik busuk mereka serta tidak menghormati institusi Islam khususnya tentang zakat. Mungkin ada ‘back up’ daripada pemimpin Islam PH di negeri ini? hmmm

5. Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal juga hairan dengan sikap Yang Di Pertua(YDP) Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Dato’ Abdul Malek Abul Kassim yang diam seribu bahasa langsung tidak memberi maklum balas terhadap isu ini sedangkan Zakat Pulau Pinang di bawah MAINPP.

6. Adakah beliau yang mengarah dan memberi lampu hijau supaya agihan zakat ini dibuat oleh Pemimpin-Pemimpin Dap yang bukan Islam?

7. Jika ini benar, jelas urusan Zakat ini sudah digunakan untuk kepentingan dan agenda politik Dap sehingga tidak menghormati institusi dan Umat Islam dinegara ini.

8. Beliau yang juga merupakan bekas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebelum ini merupakan pemimpin PKR yang diketahui ramai sebagai cukup rapat dengan pimpinan Dap Pulau Pinang.

8. Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal juga bimbang isu ini akan meninggalkan imej tidak baik kepada Zakat Pulau Pinang yang merupakan institusi terbesar kutipan dan agihan zakat dinegeri ini serta mempunyai rekod yang cemerlang sebelum ini.

9. Sejak isu ini ditularkan, komen masyarakat sudah mula hilang kepercayaan dan ada yang ingin mencari alternatif lain bagi mengelakkan pembayaran zakat di bawah Zakat Pulau Pinang. hmmm

10. Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal juga dengan penuh rendah diri menerima pandangan daripada Dato’ Seri Dr Wan Mohd Salim Wan Mohd Noor Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk isu ini. Namun pihak kami tidak akan berganjak bahawa biarlah urusan zakat yang menjadi milik umat Islam diuruskan sendiri oleh orang Islam sepenuhnya.

11. Kepada pemimpin-pemimpin Dap berhentilah menggunakan Zakat sebagai agenda kepentingan politik. Dengarlah pandangan dan rungutan rakyat dan Umat Islam dibawah ini. Jangan cuba campuri urusan hal ehwal umat Islam!!!

Salam hormat dari saya,

MOHD NORHIESAM HAJI ISMAIL
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit