Akibat PTPTN Jadi Alat Untuk Raih Undi… PH Nak U-Turn Lagi – Haziq

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini sebenarnya hanyalah alat Pakatan Harapan (PH) untuk meraih undi terutamanya dari pengundi golongan muda semasa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu, tegas Timbalan Presiden 1 Mahasiswa Nasional, Muhammad Haziq Shafe’ee.

Beliau berkata, PH hari ini membuat ‘u-turn’ berkaitan peminjam-peminjam PTPTN yang terkandung dalam manifestonya dan ini menyebabkan golongan muda terpedaya dengan janji yang ditaburnya dulu.

“Tidak sepatutnya kerajaan PH hari ini mahu memperkenalkan semula sistem yang digunakan dulu dan lebih dari itu kini menekan kepada peminjam-peminjam PTPTN yang culas membayarnya.

“Kerajaan PH mahu memperkenalkan semula sekatan ke luar negara malah memperketatkan lagi dengan menyekat peminjam dari memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan jika tidak membuat pembayaran PTPTN,” katanya kepada UMNO-Online.

Ujarnya, cadangan yang mahu diperkenalkan oleh PH baru-baru ini adalah tidak wajar dan tidak perikemanusiaan kerana kerajaan harus mengkaji semula mekanisme yang sepatutnya dalam usaha membantu dan meringankan kumpulan peminjam ini dan bukannya menghukum kerana gagal membayar hutang.

Tambahnya lagi, kini masih ada lagi peminjam yang menganggur walaupun mereka sudah tamat belajar dan terdapat juga mereka tidak mampu membayar kos pinjaman tersebut akibat kos sara hidup yang semakin meninggi kerana ada antara mereka diklasifikasikan sebagai berpendapatan rendah serta miskin bandar.

“Apabila (PH) sudah bersetuju dalam manifestonya hendaklah PH memberikan dan menunaikan khidmat-khidmat yang terbaik mengenai isu PTPTN, tetapi apabila kamu menipu, ini adalah masalah bagi kamu kerana tidak dapat menunaikan janji tersebut,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini menerusi taklimat media bersama pentadbiran tinggi PTPTN, termasuk pengerusi Wan Saiful Wan Jan, perbadanan itu memaklumkan sedang melihat beberapa cadangan untuk mengutip baki pinjaman pendidikan. Kata Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.