Setahun Kerajaan PH… Segalanya Sudah Cukup Jelas Buat Rakyat Menilai…


KUALA LUMPUR, 7 Mei – Tarikh 9 Mei ini genap setahun Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Namun begitu, sehingga ke hari ini masih belum ada apa-apa yang boleh dibanggakan sebagaimana kenyataan dari Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Berikut kenyataan beliau:

1. Tidak sukar untuk menilainya. PM sendiri memberikan Kabinet nya 5/10… Tak mungkin orang lain boleh berikan lebih tinggi dari tuan punya badan.

2. Kajian Merdeka Centre menunjukkan populariti yang merudum kepada hanya 39%… sudah pasti ia terkait dengan prestasi yang mengecewakan.

3. Penilaian tidak harus dibuat secara ‘biased’ dan sebaiknya berdasarkan FAKTA. Dari sudut ekonomi jelas sekali PH gagal memperbaikinya. Pertumbuhan KDNK kuncup dari 5.8% kepada 4.7% dan tidak menunjukkan prospek melepasi 5%.

4. Hutang negara terus meningkat di bawah PH, walaupun isu ini antara yang paling kuat digembar-gembur sebelum PRU. Jelas bukan sahaja PH gagal mengurangkan hutang tapi sebaliknya menambah hutang sehingga melebihi RM700b.

5. Pasaran ekuiti di Bursa Malaysia turut melemah. Di bawah PH, market capitalisation mengecil dan sehingga kini pasaran Malaysia sudah kehilangan lebih RM200b sejak PH mengambil alih dan meletakkan prestasi Malaysia sebagai yang TERBURUK di Asia.

6. Adalah juga dijangkakan defisit belanjawan yang membengkak, terutama apabila PH mengunjurkan hasil negara berdasarkan harga minyak mentah pada kadar USD70/tong, dan ini tidak berlaku.

7. Semua angka tunjuk CAPITAL ECONOMY kjaan PH, gagal dan cukup membimbangkan. Sementara PEOPLE’S ECONOMY sudah pasti semakin parah dengan harga barang semakin mahal, kos sara hidup melambung, social safety net yang semakin lemah dan subsidi langsung yang berkurangan..

8. Kelemahan dan kegagalan pengurusan ekonomi PH adalah berpunca dari 3 faktor utama;
i) polisi PH yg berteraskan populis jangka pendek
ii) Tindakan berasaskan vindictiveness dan bukan pertimbangan ekonomi yg wajar
iii) Kelemahan nakhoda ekonomi,termasuk TOO MANY COOKS THAT SPOIL THE FOOD (CEP,MENTERI EKON,MENTERI KEWANGAN,PM)

9. Prestasi PH dari sudut politik juga ternyata parah. Hanya Dap yang mungkin meraih untung manakala gabungan lain bakal melalui krisis dalaman yg semakin parah serta populariti yang menjunam.

10. Antara kerosakan terbesar ialah dominannya fahaman SOSIALIS DAN LIBERAL dlm pentadbiran sehingga kelihatan menghimpit fahaman pengganut ISLAM, kedudukan orang Melayu dan institusi Raja Melayu.

11. Peristiwa seperti percubaan meretifikasi ICERD, Rome Statute, penonjolan aktiviti LGBT, diburukkan lagi dengan kenyataan Menteri yang kelihatan tidak kompeten dan kurang integriti telah menghakis keyakinan rakyat.

12. Tindakan memerangi rasuah yang dialu-alukan oleh semua pihak tidak membantu mempopularkan PH kerana kelihatan tindakan bersifat membalas dendam, pendakwaan terpilih, melindungi kroni dan tidak menegakkan RULE OF LAW.

13. Penolakkan pegawai perkhidmatan awam terhadap PH yang berpunca dari sikap tidak menghormati perkhidmatan awam menambahkan lagi lemahnya prestasi kerajaan PH.

14. Secara keseluruhan,gabungan PPBM, PAN, PKR dan Dap di bawah PH tidak menjanjikan Malaysia yang lebih baik Dan KEGAGALAN MEREKA MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN selepas genap setahun, mendorong rakyat untuk mencari sesuatu yang lebih hakiki dan benar-benar dapat menjamin aspirasi mereka.

Kelompongan ini akan membawa Malaysia ke satu lagi TRANSFORMASI yang bakal muncul menerusi PRU akan datang.

PH dalam bentuk dan content yg ada sekarang TIDAK AKAN DI PERTAHANKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.