Pemuda Dap Cadang Hapus Kuota Bumiputera Untuk Matrikulasi Dibidas


LIPIS, 23 April – “Kalau mahu meningkatkan kuota ataupun menghapuskan sistem kuota, buatlah sahaja… kamu sekarang sudah pegang kuasa,” tegas Ketua Pergerakan Pemuda Pahang, Mohd Farid Mohd Nor.

Beliau berkata demikian membidas desakan Leong Yu Sheng yang mengetuai jawatankuasa hal ehwal universiti Pemuda Dap. Yu Sheng juga adalah Pengarah Biro Hal-Ehwal Universiti dan Kolej Universiti DAPSY yang mahu kerajaan menamatkan amalan mengutamakan pelajar Bumiputera bagi program matrikulasi pra-universiti kerana disifatkan bertentangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan iaitu tiada diskriminasi terhadap setiap warganegara.

“Saya secara peribadi pun setuju kuota kaum lain ini dipertingkat perlahan-lahan supaya anak bangsa saya boleh belajar bersaing. Mereka kelak akan sedar dan menyesal bila menyedari mengapa sistem kuota ini diadakan.

“Yang sedang bersekongkol dengan mereka ini sekarang bergembiralah… kamu sedang mengurangkan peluang adik-adik, anak-anak dan saudara-mara kamu di kampung-kampung,” tegas beliau.
Baru-baru ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Kerajaan akan mengkaji isu kuota bukan Bumiputera bagi Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan (KPM) sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya.

Dalam hal ini, Farid turut membidas cicipan yang dimuat naik oleh portal Free Malaysia Today berkaitan isu ini iaitu ‘Kuota hanya 10% kepada pelajar bukan Bumiputera di 15 pusat matrikulasi seluruh negara tidak adil kerana pusat itu ditanggung oleh wang pembayar cu

kai’.

“Tidak perlu berselindung dengan kenyataan pusat matrikulasi dibiayai oleh wang pembayar cukai. Apa sebenarnya yang cuba kamu beritahu kami dengan kenyataan ini?

“Adakah mereka yang tinggal di kampung, rumah flat dan kuarters kakitangan awam itu tidak layak untuk mendapat hak mereka sebab mereka bukan pembayar cukai? Duit yang ada melambak itu hanya boleh diberi kepada sekolah-sekolah persendirian kerana ibu bapa mereka pembayar cukai?” kata beliau.

Untuk rekod, program matrikulasi adalah kursus pra-universiti untuk pelajar yang menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Tingkatan lima. Mereka dibenarkan melanjutkan pelajaran di universiti awam setelah selesai kursus yang biasanya antara satu hingga dua tahun. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.