Jadikan Tok Mat Contoh, Kalah Pun Tak Salahkan Orang Lain… Tak Ada ‘Blame Game’


RANTAU, 10 April – Perwatakan dan nilai peribadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) perlu diangkat sebagai ikon yang wajar dicontohi bukan hanya sebagai pemimpin tetapi juga untuk rakyat keseluruhannya, kata artis seni Negeri Sembilan, Datuk Hattan dan Datuk Malek Reduan.

Bagi Hattan, walaupun BN kalah dan Tok Mat tak lagi jadi Menteri Besar (MB) tapi beliau mengambil tanggungjawab dan tidak menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang berlaku.

“Satu cara Tok Mat… dia mengaku kesilapan dia… seorang yang berjiwa besar… ambil kata-kata Tok Mat, ‘mungkin dulu kita sombong, tak ingat orang belakang… sebab itu kita kalah’, cara Tok Mat yang gemar muhasabah diri dan tak ‘blame game’… tak salahkan orang lain… bukan macam kerajaan yang ada hari ini… dah jadi kerajaan… ‘deliverlah’… tak payah nak cari salah sana sini….”

Katanya sikap dan cara Tok Mat bercakap mendekatkan dirinya dengan budaya ‘kampung’, loghat Negeri Sembilan yang sentiasa dibawa kemana-mana walaupun bercakap di luar negeri terbabit.

“Bila ditanya soalan-soalan panas dijawab dengan tenang… tak melenting, maknanya orang berilmu… boleh berfikir…. inilah kualiti-kualiti untuk dapat pemimpin ‘biso bonar’.”

Jelasnya, sebagai orang Negeri Sembilan, beliau amat bangga dengan pencapaian Tok Mat yang berjaya dalam dunia korporat dan terjun ke arena politik mendampingi rakyat.

“Tok mat sangat ‘dokek’ dengan hati saya… dah lama kenal dan saya ikuti perkembangan beliau. Tok Mat ahli korporat yang masuk politik. Sangat bangga dengan Tok Mat kerana sebelum jadi ahli politik beliau adalah satu-satunya ahli korporat Melayu yang berjaya di peringkat antarabangsa, tapi tinggalkan dunia korporatnya untuk kita,” katanya.

Ujar beliau, pakej yang ada pada Tok Mat cukup lengkap untuk menjadi pemimpin rakyat.

“Tok Mat ada pakej… ‘business’… dia dah buktikan sampai peringkat antarabangsa jadi CEO, sukan.. berapa kali menang piala FA… pun dengan Tok Mat, cakap ‘nogori’… bangga cakap Negeri Sembilan dan dengan semua orang dia hormat.”

Sebagai artis, beliau turut menyentuh penglibatan golongan terbabit yang juga diberi perhatian oleh Tok Mat dalam menjayakan pelbagai acara.

“Industri seni sekarang selepas kerajaan baru memang bergerak sangat perlahan… tak tahu dimana silapnya… mungkin putaran ekonomi tak berapa cantik… bukan tak ada langsung… ada tapi taklah semeriah dulu…,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Program Bual Bicara ‘Apo Nak Dikato’ dengan mengupas isu ‘Tok Mat Di Mata Insan Seni’ yang disiarkan melalui Facebook UMNO-Online, malam tadi. Turut bersama beliau ialah Datuk Malek Reduan dan dihoskan oleh Wan Salwati Abdullah.

Bagi Malek pula, Tok Mat adalah seorang sahabat yang telah lama dikenalinya namun tidak pernah lupa diri biarpun berjaya dalam korporat atau telah menjadi menteri besar sebelum ini.

“Tok mat macam benih yang dicampak kemana-mana boleh tumbuh… hidup. Tok Mat berjaya dalam perniagaan, korporat yang hebat, boleh menjayakan industri hingga ke persada dunia, apabila berkecimpung dalam politik, kejayaan memuncak hingga dapat mentadbir Negeri Sembilan… ekonominya juga berjaya… gerai-gerai pun boleh saja didirikan… katanya ‘biarlah orang nak berniaga’… orang yang sangat baik.

“Kenapa tak nak diangkat jadi lebih baik untuk terus jadi pemimpin. Sejarah beliau juga telah terbukti boleh mentadbir di Negeri Sembilan, sinonim bukan saja tolong orang Melayu tapi semua, orang Cina, orang India semua ditolong.”

Mengulas berkaitan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah menggantikan BN, katanya sekarang orang dah mula rindu zaman BN.

“Kenapa orang rindu balik dengan BN? … kerana pentadbiran dulu tak macam sekarang… kerana dulu BN menjurus kepada rakyat. Yang hairan, bila tumbang BN, naik PH terus duit boleh habis? Dulu zaman Najib tak ada pun kata negara nak bankrap… hutang banyak tapi sekarang semuanya berlaku. Pelabur pun dah cabut sebab banyak kontrak dibatalkan.

“Di sini… keseluruhan Negeri Sembilan ini rindukan Tok Mat… jadi Rantau ini perlu ditadbir oleh orang Rantau sendiri. Yang sebelah sana (PH)… bukan orang sini, cara bercakap pun tak betul… macam mana nak jadi pemimpin.

“Orang Rantau pun harus nilai dan tengok sendiri… sedangkan mereka dah jadi kerajaan pun masih nak burukkan kerajaan dulu, nak cakap apa sedangkan semua yang ada sekarang ini adalah hasil pentadbiran kerajaan dulu… BN,” tegasnya lagi.

PRK DUN Rantau akan diadakan pada Sabtu ini menyaksikan pertembungan empat penjuru membabitkanTok Mat yang ditentang, calon PH Dr S. Streram dan dua calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.