Semakin Hari Dap Semakin Gelabah, Inilah ‘Rule of Law’ Malaysia Baru…

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Adakah menguatkuasaan undang-undang hanya dilaksanakan ke atas penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS, manakala kebebasan mutlak untuk melanggar undang-undang diberikan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH), soal Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam.

“Inilah ‘rule of law’ acuan Malaysia Baru Dap,” bidas beliau.

Katanya, bermula dengan lima laporan polis di Langkawi ketika Datuk Seri Najib Tun Razak bercuti, diikuti dengan larangan dari menghadiri forum di UKM, seterusnya dengan larangan dari menunaikan Solat Jumaat di UTHM, larangan masuk FELDA dan semalam laporan polis dibuat apabila Najib mahu menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar Rahman berhampiran Universiti Malaya (UM) yang semua ini jelas membuktikan bahawa negara ini sudah tidak lagi mempunyai kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Bagi mengelakkan tindakan diambil keatas Persatuan Pelajar yang menjemput Datuk Seri Najib ke UM bagi menghadiri pengagihan bantuan makanan percuma untuk pelajar, beliau telah mengambil kelutusan menunaikan solat Jumaat di Masjid Ar- Rahah Kampung Kerinchi dan mengadakan Sembang Santai Bersama Mahasiswa UM di Restoran Amjal.

“Walau bagaimanapun, amat mendukacitakan apabila enam orang pelajar yang difahamkan merupakan penyokong Dap UM telah melakukan provokasi dihadapan lokasi program santai kami.

“Sekiranya provokasi tersebut dilakukan tanpa menggunakan gambar jelek Datuk Seri Najib, saya akan membiarkan sahaja mereka menggunakan hak mereka untuk berhimpun, namun, bacullah kami jika membiarkan bangsa Dap yang biadap ini meneruskan kebiadapan mereka terhadap pemimpin kami,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan insiden semalam.

Tegasnya, melihat provokasi tersebut, beliau telah mendekati pelajar tersebut dan bertanya dengan sama ada gambar jelek yang dipegang adalah gambar mereka.

“Maka apabila tidak menjawab, saya telah menegaskan kepada bahawa ini gambar menghina Datuk Seri Najib, lalu saya merampas dan mengoyakkannya.

“Ketika saya mengoyakkan gambar tersebut, penyokong Dap tadi cuba menghalang saya. Beliau kemudiannya dihalang dan ditarik oleh beberapa individu yang berada ditempat kejadian. pelakar tersebut sepatutnya bersyukur kerana beberapa orang pemimpin UMNO berada ditempat kejadian dan menghalang beliau dari dipukul oleh orang ramai yang menyirap melihat kebiadapan mereka.”

Ujarnya, jika AMK PKR mahu membicarakan soal kebebasan pelajar tersebut mempertikai soal RM2.6 bilion, mengapa mereka tidak menyertai sembang santai bersama Najib dan tanya sendiri sedangkan sudah berpuluh kali dijawab.

“Kenapa tindakan saya merampas dan mengoyakkan gambar jelek pemimpin kami hendak dipertikai, bukankah negara ini mempunyai undang-undang yang mencegah rakyatnya dari mempamerkan gambar jelek mana-mana pemimpin.

“Saya tidak akan merampas poster tersebut jika beliau mempamerkan gambar Lim Guan Eng dengan terowongnya, kerana itu gambar pemimpin mereka. Namun, sekiranya mereka mempamerkan gambar jelek pemimpin kami, kami tidak akan mendiamkan diri.”

Soal beliau lagi, kenapa tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap pelajar terbabit sama seperti tiada tindakan diambil ketika banner provokasi dengan gambar Datin Seri Rosmah Mansor digantung ketika hari mengundi di Semenyih?

“Saya belum lupa adik saya direman empat hari hanya kerana menularkan semula gambar seorang individu yang meletakkan punggungnya dikaca tv yang mempunyai gambar Tun Mahathir.

“Saya juga belum lupa apabila saya dilokap kerana mendedahkan tindakan AG melindungi empat individu yang sudah didakwaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan di atas kesalahan cubaan membunuh Adib. Cerminlah dulu kerajaan kamu sebelum hendak mengata tentang orang lain,” tegasnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.