Macam Mana ‘Rule of Law’ Nak Ditegakkan Kalau Timbalan Speaker Pun Tak Faham Peraturan Parlimen? – Noh


KUALA LUMPUR, 20 Mac – Bagaimana seorang Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat boleh melaksanakan ‘rule of law’ jika sekiranya dia sendiri tidak memahami peraturan dan perundangan di Parlimen?

Demikian soal Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar yang kesal dengan tindakan Nga Kor Ming selaku Timbalan Speaker Dewan Rakyat ekoran menggantung beliau dari sidang Parlimen tanpa kehadirannya di dalam Dewan.

“Bagaimana seorang Timbalan Speaker pun tak faham peraturan menggantung seseorang anggota dewan? Itu isu yang saya tak puas hati mengenai cara dia. Dalam dewan sendiri tidak tahu menjunjung peraturan dewan bagaiman ‘rule of law’ hendak dilaksanakan di dalam negara kita?

“Di dalam dewan pun tidak menjatuhkan hukuman, ambil tindakan dan tidak mengikut ‘rule of law’, ikut ‘rule of jungle’… mentang-mentang dia Speaker dia ingat boleh buat sesuka hati ‘no body off the law’… dia kena ingat dalam negara kita, peraturan ini terpakai bukan sahaja ahli Parlimen tetapi juga Speaker, bagaimana dia membuat keputusan tidak mengikut peraturan.”

Tegasnya, Parlimen adalah tempat dasar membuat undang-undang dan semua perkara perlu ikut peraturan.

“Kejadian ini berlaku semalam (Isnin), kalau nak guna peraturan 44 (1) dan 44 (2) adalah semalam dia kena gantung saya sewaktu saya sedang berdebat dengan beliau, semasa saya berdebat dengan beliau, beliau tidak membuat apa-apa keputusan. Yang peliknya… agaknya malam tadi mungkin dipengaruhi pihak-pihak tertentu barang kali… maka pagi tadi terus buat keputusan menggantung saya.

“Itu pun saya tanya tadi, semasa keputusan dibuat saya tiada dalam dewan. Kalau dia nak buat 44 (1) dan 44 (2) dia harus buat semalam apabila berdebat dengan dia dan saya mengatakan ‘dia tak layak menjadi speaker’, kalau dia betul-betul faham peraturan dia boleh suruh saya tarik balik tapi dia tidak menyebut perkara itu.”

“Kalau keengangnan saya menarik balik dia boleh ‘on the spot’ dia boleh terus gantung saya mengapa dia tak buat semalam? Kalau dia nak buat hari ini sepatutnya baru usul di bawah 41 (3), buat usul daripada menteri supaya saya ditabalkan untuk digantung.”

Beliau berkata demikian dalam slot ‘Dari Parlimen’ yang akan membicarakan topik ‘Isu Taliban, Dap dan Penggantungan Noh Omar’ yang bersiaran secara langsung malam tadi di Facebook parti, https://www.facebook.com/mediaumnomalaysia.

“Saya dengar perucapan Nga Kor Ming di bawah 43 dan 44, kalau peraturan 43 apabila kita tafsir ini adalah keputusan Pengerusi atau Yang Di Pertua adalah muktamad, jika ada kekecohan dalam perbahasan, speaker boleh membuat keputusan, keputusan dia muktamad,” katanya.

Terang beliau, berkaitan dengan prosedur menggantung Ahli Parlimen menurut peraturan 44 (1) dan 44 (2) bahawa kalau seseorang ahli Parlimen berdegil menghina dewan dalam erti kata lain tidak mendengar Speaker dan Peraturan 44 (1) Pengerusi setelah menarik perhatian Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa kepada kelakuan seseorang ahli yang berdegil-degil menyebutkan perkara yang tidak ada kena-mengena dengan perkara mesyuarat atau berulang-ulang menyebutkan hujahnya sendiri atau hujah-hujah ahli lain dalam sesuatu perbahasan, boleh memerintahkan ahli itu suruh berhenti bercakap.

“Peraturan 44 (2) Pengerusi hendaklah memerintah mana-mana ahli yang berkelakuan tidak senonoh atau melakukan perbuatan yang menghina Majlis Mesyuarat atau terus tidak mengendahkan kuasa Pengerusi keluar dari Majlis Mesyuarat bagi tempoh tidak melebihi sepuluh hari dan ahli tersebut hendaklah dengan serta-merta keluar dari Majlis Mesyuarat.

“Sekiranya mesyuarat berakhir sebelum tamat tempoh sedemikian, maka baki tempoh itu hendaklah dibawa ke mesyuarat yang akan datang, melainkan jika Parlimen dibubarkan sebelumnya. Jika Pengerusi tidak menentukan tempoh ahli diminta keluar, tempoh tersebut hendaklah disifatkan sebagai selama dua hari termasuk hari kejadian berkenaan.

“Apabila masuk Datuk Ariff (Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof) dia membuat keputusan beri saya peluang bela diri, kemudian dia tegas dengan keputusan supaya saya digantung selama tiga hari… bila saya bangkitkan soalan-soalan dalam peraturan ini, Speaker terpaksa gantung persidangan ini selama 15 minit untuk kaji.”

Tegasnya, beliau menghormati dewan dan menghormati keputusan yang dibuat oleh Datuk Ariff dan bersetuju.

“Ini menunjukkan apabila mereka berkuasa mereka akan bodoh, bukan sahaja di mahkamah tetapi di dalam Parlimen pun mereka ada kuasa dan gunakan kuasa mereka, saya menghormati keputusan Datuk Ariff dan saya tidak menghormati keputusan Timbalan Speaker.

“Kalau saya disuruh minta maaf dan tarik balik dengan Nga Kor Ming, saya takkan buat… saya rela digantung tiga hari, sebab saya ada maruah.”

Terangnya lagi berkaitan prosedur penggantungan:

Peraturan 44 (3), Jika Pengerusi mendapati bahawa kuasa di bawah perenggan (1) dan (2) tidak mencukupi, dia boleh memulakan prosedur untuk menggantung perkhidmatan seseorang ahli dengan menyebut nama ahli tersebut seperti berikut:

“Saya dengan ini menamakan Ahli Yang Berhormat Tuan…,”

Seorang menteri hendaklah selepas itu bangun dan mencadangkan dan seorang menteri lain menyokong suatu usul seperti berikut:

“Bahawa Majlis Mesyuarat dengan ini memutuskan bahawa Tuan… digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat ini sehingga (tarikh).”

Pengerusi hendaklah mengemukakan usul itu bagi diputuskan oleh Majlis Mesyuarat tanpa sebarang pindaan, penangguhan atau perbahasan. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.