Cukup-cukuplah DAP Dengan Modal Politik Perkauman Anti Melayu…


KUALA LUMPUR, 11 Mac – Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dapat dilihat betapa angkuhnya DAP sebagai kerajaan, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Katanya, ini dapat dilihat sebagaimana biadapnya mereka dengan kuasa yang ada sehinggakan mahu mempertikai hak orang Islam, Raja-raja Melayu, bangsa Melayu dan juga apa yang termaktub di dalam Perlembagaan sepertimana DAP mahu ICERD diratifikasikan di Malaysia.

“Sejak minggu lalu setelah pengumuman kepimpinan UMNO dan PAS bekerjasama secara rasmi ramai yang menyambut baik dan menyokong usaha penyatuan ummah dua parti politik terbesar orang Melayu, tetapi berbeza dengan parti DAP yang mana Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP yang juga Menteri Kewangan menyifatkan penyatuan ummah UMNO dan PAS membawa kepada pengistiharan perang kepada bukan Melayu.

“Ini satu kenyataan yang memberikan gambaran sebenar sikap racist parti DAP yang anti Melayu dan tidak senang dengan penyatuan orang Melayu,” katanya dalam kenyataan kepada UMNO-Online hari ini.

Jelasnya, susulan dari kenyataan rasis Lim Guan Eng, Nga Kor Ming Ahli Parlimen DAP yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat telah melabelkan penyatuan UMNO dan PAS adalah Taliban.

“Ini juga kenyataan racis dan jelas mengambarkan bahawa parti DAP anti Melayu.

“Terbaru, saya membaca kenyataan dari Ketua Pemuda DAP, Howard Lee yang biadap dan kurang ajar menyatakan UMNO dan PAS adalah Taliban.”

Soalnya, kenapa begitu takut dengan penyatuan UMNO dan PAS?

“Orang Melayu telah bangkit, bangkit dengan aman dan menolak keganasan seperti yang telah dibuktikan pada himpunan 8 Disember 2018 yang mana ratusan ribu orang Melayu hadir membantah ICERD. Himpunan aman tanpa sebarang keganasan jauh lebih baik daripada himpunan BERSIH yang dipimpin pemimpin DAP.

“Agenda yang diperjuangkan DAP setelah menjadi kerajaan pusat memberikan ancaman kepada majoriti rakyat Malaysia iaitu bangsa Melayu. Hal ini amat membimbangkan orang Melayu dan hari demi hari ancaman yang menggugat agama Islam, hak orang Melayu serta penghinaan yang keterlaluan semakin menjadi-jadi disokong oleh pemimpin DAP.

“Di sinilah bermulanya penyatuan UMNO dan PAS apabila suara akar umbi orang Melayu mahukan dua parti terbesar Melayu ini bersatu. Malah penyatuan ini juga disambut baik oleh parti MCA dan juga MIC dengan menyifatkan usaha ini adalah untuk masa hadapan Malaysia yang lebih baik berbanding politik perkauman yang sentiasa dijual parti DAP.”

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Howard Lee akan kisah Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) bekas gabenor Jakarta yang dihukum penjara kerana menghina Islam.

“Saya tahu DAP cukup membela Ahok waktu kes ini hangat di Indonesia sebelum Ahok dihukum, dan begitulah juga dengan beberapa pemimpin di Indonesia yang pada mulanya mempertahankan Ahok tetapi apabila gelombangnya semakin besar Jokowi sendiri iaitu bapak Presiden Indonesia juga gagal untuk mengekang penyatuan umat Islam Indonesia yang mahu Ahok dihukum atas penghinaannya ke atas Islam.

“Situasi yang berlaku di Malaysia hari ini hampir sama dengan apa yang berlaku dalam kes Ahok. Bezanya orang Melayu masih bersabar dan tidak mengambil tindakan yang ekstrim apatah lagi seperti yang dikatakan oleh DAP, Melayu ganas taliban dan sebagainya.

“Kepada saudara Howard Lee. Ketua Pemuda DAP Malaysia, lihatlah dari sudut yang positif penyatuan ummah UMNO dan PAS kerana penyatuan ini adalah untuk memastikan negara ini aman dan menolak jauh keganasan. Kita hanya ada satu sahaja peristiwa berdarah iaitu pada 13 Mei 1969 yang mana ianya dicetuskan oleh parti DAP.”

Tegasnya, rakyat Malaysia baik Melayu, India, Cina dan lain-lain bangsa tidak mahu ada lagi peristiwa sedemikian dalam tanah air ini. Kita tidak mahu kerana kuasa politik rakyat menjadi mangsa.

“Inilah asas utama penyatuan UMNO dan PAS. Asas utama bagi mengelakkan pekara tak diingini berlaku hasil dari politik perkauman yang dimainkan DAP. Hentikanlah politik jijik sebegini saudara Howard Lee. Rakyat Malaysia semakin matang dan begitu juga dengan orang Melayu yang kalau dulu tidak kenal siapa DAP tetapi hari ini sudah sedar akan agenda tersirat parti DAP.

“Keamanan, kesetabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat adalah pekara utama yang diperjuangkan UMNO, MCA dan MIC sejak merdeka. Inilah ‘track record’ yang ada pada Barisan Nasional (BN). Inilah yang menjadikan kita negara yang majmuk berbilang agama dan bangsa.”

Terangnya, begitu juga PAS di Kelantan yang mempunyai ‘track record’ yang baik sehinggakan masyarakat Cina dan India di Kelantan fasih berbahasa Kelantan dan mengamalkan budaya negeri itu sendiri tanpa rasa kekok dan janggal malah negeri aman dan rakyat hidup dalam pelbagai kemajmukan.

“Saya nasihatkan saudara Howard Lee hentikan segala fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dan PAS kerana politik fitnah sudah tidak memberikan kesan kepada rakyat selepas PRU 14. Hari ini adalah politik kejujuran dan rakyat mahukan keamanan, kesetabilan ekonomi dan kesejahteraan hidup dalam sebuah negara yang majmuk.

“Akhir kata dari Saya buat saudara Howard Lee, cukup-cukuplah DAP dengan politik perkauman. Tidak ada tempat buat parti racist seperti DAP selepas ini pada pilihan raya yang akan datang.” – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.