Kenyataan Kit Siang Bukti DAP Gemar Sensasikan Isu Agama


KUALA LUMPUR, 10 Mac – Kenyataan Lim Kit Siang bahawa hukuman penjara 10 tahun 10 bulan oleh mahkamah ke atas Alister Cogia, pemilik akaun FB Ayea Yea, kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sebagai keterlaluan, adalah satu lagi bukti DAP gemar mensensasikan isu-isu agama, tegas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,
Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

“Seharusnya, Kit Siang tidak perlu membuat apa-apa komen terhadap hukuman ke atas penghina agama Islam itu, kerana mahkamah membuat keputusan itu berlandaskan undang undang negara, yang mengenakan hukuman berat ke atas mana-mana netizen yang menggunakan media sosial atas alasan agama bagi menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci dengan niat jahat atau memudaratkan perpaduan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelasnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, berkata polis menggunakan Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 bagi mendakwa Alister kerana kesalahan itu sangat serius, malah sudah menfailkan pertuduhan di bawah akta sama ke atas 3 lagi pemilik FB, atas kesalahan sama.

“Kit Siang wajar menggunakanhukuman itu sebagai satu pengajaran bagi mendidik mana-mana rakyat, khasnya pengikut DAP dan pasukan RBA, supaya tidak memomokkan agama Islam, Allah, menghina Nabi Muhammad SAW.

“Menuduh hukuman 10 tahun ke atas penghina agama Islam sebagai “excessive” menampakkan watak sebenar Kit Siang dan DAP, yang kelihatan memandang ringan penyebaran bahan bahan menghina agama Islam.

“Apakah kerana DAP sangat liberal? Jika benar, kita nak bertanya,apakah pendirian anak anak muda Melayu beragama Islam, yang menjadi ahli DAP, digunakan DAP sebagai alat propoganda DAP sekarang?”

Ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong, majoriti daripada kecaman ke atas Islam di media sosial, dipercayai datang dari kumpulan berkait dengan pasukan RBA, bertujuan memporak-porandakan keharmonian dan mengugat perpaduan negara.

“Memanglah kenyataan ini akan dinafikan oleh DAP, tetapi dunia siber arif dan sedar bahawa RBA adalah ‘sangat rapat’ dengan DAP.

“Sesuatu yang pelik adalah, sementara kenyataan daripada Kit Siang memberi peringatan kepada rakyat supaya ‘berhati-hati’ jika didatangi berita atau artikel mencurigakan, dalam nafas yang sama Kit Siang dan kepimpinan DAP tidak pula mengambil langkah menasihatkan pasukan RBA mereka supaya jangan terus menerus menyebarkan bahan bahan yang boleh mengugat keharmonian kaum dan menghina agama.

:Kit Siang wajar ‘walk the talk”. Jika negara ini hendak dipelihara keamanan dan perpaduan kaum, maka perlulah ada tindakan dari semua pihak supaya tidak mengkucar-kacirkan bibit perpaduan.”

Malah, katanya sebenarnya keharmonian kaum, toleransi agama dan hormat menghormati sesama kaum ini sudah diasaskan dengan baik oleh pimpinan kerajaan BN (dahulu Perikatan) sejak kemerdekaan.

“Malangnya, ia mula terganggu sebaik saja PH, yang didominasi DAP, mengambil alih kerajaan sejak Mei 2018.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.