PH Langgar Janji Permit Tanpa Tander Terbuka: MB Perak Dah Mengaku, SPRM Didesak Siasat Segera

PARIT, 15 Feb – “Mana janji Pakatan Harapan (PH) yang akan melaksanakan sistem tender terbuka kerana kononnya lebih telus dan lebih adil dalam kawasan pembalakan?” soal Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belanja, Khairuddin Abu Hanipa berhubung pengakuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang sudah mengaku beri kelulusan permit hutan tanpa lalui proses tander terbuka

Selain itu, Khairuddin turut megharapkan dengan pengakuan tersebut maka Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyegerakan siasatan terhadap syarikat berkaitan apatah lagi timbul keraguan bagaimana syarikat yang bernilai RM2 boleh mendapat tanah hutan sehingga seribu ekar malah syarikat berkenaan tidak mempunyai pejabat operasi.

“Perkara ini amat serius, maka saya mendesak agar SPRM dapat melakukan siasatan segera kerana Menteri Besar sendiri telah mengaku tander tersebut diberi tanpa melalui sistem tander terbuka.

“Jawapan yang diberikan oleh Menteri Besar (mengapa tander tersebut diberikan) juga meragukan kerana sudah jelas syarikat tersebut amat meragukan. Bagaimana sebuah syarikat yang ditubuhkan pada 26 Julai 2018 iaitu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu boleh mendapat projek tersebut (mesyuarat yang meluluskan tanah tersebut kepada NJ Development Sdn Bhd ialah mesyuarat Jawatankuasa Sumber Hasil Hutan Negeri Perak Bil 2/2018 pada 21 November 2018),” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Untuk rekod, Ahmad Faizal telah mengakui kelulusan permit kepada sebuah syarikat bagi mengusahakan pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di daerah Kinta di sini pada Disember lalu, tidak melalui proses tender terbuka.

Ahmad Faizal sebaliknya berkata, ia diluluskan sewaktu Mesyuarat Pasukan Petugas Jawatankuasa Perhutanan yang dipengerusikan olehnya selain dihadiri oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan negeri serta dua ahli Exco kerajaan negeri.

Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su Keong Siong dari PH sendiri telah membuat laporan kepada SPRM supaya siasatan dijalankan ke atas syarikat berkenaan. –

Sebelum ini kerajaan PH berjanji akan melaksanakan dasar tender terbuka dan tidak akan menggunakan sistem rundingan terus atau tender terhad bagi projek-projek akan datang. MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.