PH Sengaja Wujudkan Propaganda… Siapa Sebenarnya Yang Tidak Membela Orang Asli

TANAH RATA, 20 Jan – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden Datuk Seri Ismail Yaakob berkata, tindakan Putrajaya menyaman Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang sebenarnya hanyalah satu propaganda politik bagi menunjukkan kononnya kerajaan Pakatan Harapan prihatin dengan kaum tersebut.

Jelas beliau, tindakan itu berhubung kait dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

“Nak kata kita (BN) tidak jaga Orang Asli… sebenarnya yang tidak jaga adalah Kerajaan PH. Jalan  Pos Lejang telah pun diluluskan sebanyak RM15 juta oleh kerajaan BN dahulu tetapi dibatalkan oleh kerajaan baru.

“Projek ‘one stop centre’ di Gua Musang lebih kurang RM148 juta dibatalkan… Di sini pula Ketua Pengarah JAKOA telah mencadangkan ‘one stop centre’ di Cameron Highlands yang menelan belanja RM142 juta tetapi tidak diluluskan.

“Tahun ini saya difahamkan tidak ada peruntukan frasarana untuk Orang Asli sedangkan di bawah BN dulu sentiasa ada. Jadi, siapa sebenarnya yang tidak menjaga Orang Asli,” ujar beliau kepada media selepas sesi beramah mesra bersama penduduk di Brinchang.

Tambah Ismail, tindakan saman Putrajaya itu juga adalah sesuatu yang tidak wajar kerana ia akan membuka pintu saman menyaman antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Untuk rekod, ini adalah pertama kalinya selepas merdeka, Kerajaan Persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili masyarakat Orang Asli terhadap Kerajaan Negeri Kelantan berhubung tanah adat Pos Simpor, Gua Musang.

Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, hal itu susulan kerajaan negeri dan beberapa agensinya baru-baru ini mengeluarkan lesen pembalakan kepada syarikat swasta. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.