Ketua Hakim, Peguam Negara, Menteri JPM Harus Mohon Maaf Dan Letak Jawatan

TANAH RATA, 20 Jan – Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Portfolio Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tuan Tommy Thomas seharusnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana video mereka sedang bersosial menjadi tular.

Jelas beliau, ketiga-tiga individu itu juga disarankan untuk meletak jawatan secara sukarela bagi mengelakkan persepsi buruk terhadap institusi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara.

“Mereka harus ingat, Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRU-14 pun kerana sentimen persepsi. Jadi mereka harus belajar….

“Dulu kita nak jumpa hakim pun susah kerana hakim mempunyai eksklusif yang tersendiri, tidak mahu dilihat sebagai hubungan di luar mempengaruhi keputusan sebab hakim bukan malaikat.

“Nanti orang akan ingat… ooo…lepas ni boleh ‘kawtim’ laa… kita bukan persoalkan menari sebab itu hak masing-masing tetapi siapa yang menari. Mereka ini boleh dianggap mempunyai kepentingan di waktu tertentu mereka berkepentingan. Contohnya Peguam Negara akan membawa kes ke mahkamah dan dia mengetuainya. Walaupun keputusan mahkamah profesional tetapi persepsi itu yang dirisaukan,” ujar beliau kepada media selepas beramah mesra dengan orang ramai di Pasar Tani Brinchang.

Tambah beliau, apa yang dilakukan oleh oleh ketiga-tiga individu itu adalah sesuatu yang amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.