Apakah Rakyat Cuba Dibiasakan Cakap Dahulu Disusuli Minta Maaf – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersoalkan apakah rakyat hari ini cuba dibiasakan dengan cakap dahulu kemudian disusuli permohonan maaf.

Menurut beliau amat mudah menjadi pimpinan Pakatan Harapan yang kini seolah-olah dibayangi tindak-tanduk sedemikian rupa dan kontroversi yang membabitkan masyarakat orang Asli boleh menjadi contoh terdekat.

“Nampak senang menjadi pemimpin PH. Buka sahaja mulut pemimpin mereka terus fitnah dan ugut. Selepas ditentang dan dikritik terus mintak maaf. Apakah rakyat hari ini sedang dibiasakan oleh pemimpin kerajaan PH ni dengan budaya cakap dulu lepas tu minta maaf.

“Penghinaan demi penghinaan dilakukan pemimpin PH. Terdahulu calon DAP Cameron Highland sendiri menghina Orang Asli dengan menyatakan orang Melayu tidak membeli kueh Orang Asli. Keadaan ini tidak berlaku kerana Orang Melayu menghadiri kenduri kahwin masyarakat Orang Asli dan lain-lain majlis yang dijemput oleh Orang Asli.

“Saya cukup yakin kenyataan tersebut keluar dari mulut Calon DAP ini kerana DAP sendiri tidak pernah mengenali masyarakat Orang Asli,” ,” katanya menerusi catatan di facebook beliau di sini, hari ini.

Justeru tegasnya orang Asli tidak perlu takut untuk mengundi dan memangkah calon orang Asli, Ramli Mohd Nor yang mewakili BN untuk bersuara di Dewan Rakyat.

“Selepas Calon BN ini menang maka secara rasminya seorang wakil seluruh Komuniti Orang Asli di Malaysia akan diperjuangkan di dalam Dewan Rakyat,” tambahnya.

Tambahnya lagi kontroversi ucapan senator Bob Manolan terhadap Tok Batin juga amat mengejutkan dan beliau sepatutnya faham dengan sensitiviti kaum tersebut.

“Penghinaan kedua amat mengejutkan saya apabila melihat sendiri video ucapan yang jelas mengugut Tok Batin kaum Orang Asli ini yang dilakukan tanpa rasa bersalah oleh seorang Senator PH Bob Manolan.

“Sepatutnya Senator ini amat faham dengan sensitiviti kaum mereka kerana beliau juga berasal dari Kaum Orang Asli dan mewakili Komuniti Orang Asli di Dewan Negara,”  tambahnya.

“Tok Batin adalah orang yang paling dihormati dalam Masyarakat Orang Asli. Tok Batin menjadi penjaga kepada soal adat istiadat Orang Asli malah menjadi Hakim Mahkamah Adat Orang Asli. Mengugut  Batin merupakan satu penghinaan kepada seluruh masyarakat Orang Asli.” katanya.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.