Kedatangan Tahun 2019 Perlihatkan Kekecewaan Rakyat Terhadap Kerajaan Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Malaysia  baharu yang dicanang oleh kerajaan Pakatan Harapan bukan sahaja tidak menyerlahkan apa yang sepatutnya sebaliknya lebih menampakkan kekecewaan di kalangan rakyat.

Mengambil contoh seperti penurunan harga komoditi seperti getah dan sawit umpamanya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO seterusnya menambah keadaan harga barang juga dilihat seolah-olah terus menjadi beban kepada rakyat dan pengenalan semula  SST  dilihat tidak membawa banyak perubahan sebaliknya pula yang berlaku seperti mana kontroversi harga KFC baru-baru ini.

“Mereka kata Malaysia baharu tetapi tidak nampak apa yang baharu kecuali perkara lama yang diteruskan. (BSH) Bantuan Sara Hidup dulu BR1M dikatanya dedak, rasuah tetapi hari ini mereka juga yang beri dedak dan rasuah sedangkan kita tidak pernah sebut perkara berkenaan.

“Kita berikan kepada 7 juta rakyat dengan RM6 bilion lebih kurang dan mereka beri cuma 4 juta dan ini bererti 3 juta penerima BR1M tidak lagi menerima BR1M pada zaman mereka ini. Seperkara lagi kita kita janji nak berikan BR1M RM2,000 namun mereka hanya berikan separuh daripada yang kita janjikan. Kenapa mereka tidak boleh buat macam mana kita buat. Itu adalah persoalan besar dan ini adalah kekecewaan pertama”, katanya.

Kekecewaan kedua pula jelas beliau tentang harga minyak seperti mana yang diperkatakan ramai selain pemberian subsidi yang tersasar.

“Mereka telah mengeluarkan RM5.82 bilion secara tepatnya antara bulan 5 hingga bulan 11 untuk memberi subsidi pukal supaya harga minyak itu menjadi RM2.20  dan subsidi pukal ini semua orang dapat tetapi orang yang ada kereta lebih besar lagi banyak dapat.

“Itu sebab subsidi pukal kita tidak laksanakan dan tidak diteruskan kerana ianya tidak adil. Orang yang ada 10 biji kereta dapat 10 kali subsidi berbanding dengan orang kampung yang ada hanya sebuah motor akan dapat sedikit subsidi”, ujarnya.

Justeru tambah beliau RM5.82 bilion subsidi itu lebih banyak kepada orang kaya berbanding kepada orang miskin dan ini adalah subsidi yang tersasar.

“Sepatutnya mereka yang menerima subsidi adalah orang yang lebih susah. Dan lagi satu ingatkan 1 januari 2019 harga minyak sudah jadi turun namun yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada  program Diskusi U.30 yang bertajuk Harga Petrol Rakyat Di  ‘SST’ (Samun Secara Terancang). Program berkenaan dihoskan  Adenan Seman.

Ahmad seterusnnya menegaskan berkaitan harga komoniti, pelbagai pandangan dan pendapat diutarakan pada sidang Dewan Rakyat dalam usaha membantu golongan berkenaan mendapat hasil yang sewajarnya.

“Ini tidak diuruskan dengan berkesan sedangkan kita sudah berikan beberapa pandangan bagaimana untuk menaikkan harga sawit ini. Dalam Dewan rakyat kita berikan pandangan antaranya bincang dengan kerajaan India mengenai tax. Saya harap diadakan perbincangan.

“Selepas itu penggunaan B10, B20, Biodiesel kemudiannya bagaimana boleh digunakan bahan-bahan buangan sawit itu menjadi penjana elektrik dan sebagainya. Begitu juga dengan pasaran luar yang perlu diperluaskan.

“Apa pun hari ini rakyat boleh menilai apa yang diutarakan ini bukannya berdasarkan fitnah tetapi sebaliknya berasaskan fakta,” tambahnya. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.