Realiti Himpunan Aman 812.. Ada Yang Malu Alah, Jadi ‘Cacing Kepanasan’

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Kejayaan menghimpunkan ratusan ribu manusia beserta semangat dan dispilin yang tinggi pada Himpunan Aman 812 yang berlangsung beberapa lalu menyebabkan pihak tertentu umpama ‘cacing kepanasan’.

Bukan sahaja tidak ada cacian atau maki hamun malah himpunan aman Sabtu lalu juga cukup bersih jauh dari apa yang dilakukan himpunan Bersih beberapa tahun lalu yang menyaksikan adegan sepak terajang, kata-kata hinaan, gambar pemimpin dipijak, kereta polis diterbalikkan malah sampah bertaburan di merata-rata tempat.

Bagi Ketua UMNO bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari kejayaan perhimpunan aman tersebut terletak kepada niat sebenar penganjur yang mahukan himpunan tersebut berlangsung secara aman bukan melepas geram atau mahu menjadikan negara ini kucar kacir.

“Pihak yang cuba mengeji himpunan aman 812 ini sebenar malu alah pada diri sendiri kerana kita telah menunjukkan contoh teladan yang baik dan terpuji. Malah melihat kepada pihak berkuasa yang bertugas jelas betapa mereka bukan sahaja turut selesa malah teruja dengan apa yang dipamirkan para peserta himpunan yang hadir.

“Justeru amatlah pelik dan memalukan apabila ada pemimpin kerajaan PH yang mengatakan perhimpunan teresebut sebagai perhimpunan yang berbahaya”, katanya kepada UMNO-Online di sini.

Jelas beliau lagi oleh kerana kegagalan pihak tertentu untuk mencari cacat cela perhimpunan aman 812 itu maka mereka pun mencipta pelbagai alasan yang sebenarnya memperlihatkan kebodohan mereka sendiri.

“Ingin kita ulangi sekali lagi himpunan bantah ICERD ini bukan sahaja jalanan ditinggalkan dalam keadaan bersih malahan tiada sebiji penumbuk dilaporkan telah dilepaskan.

“Mungkin rekod perhimpunan penuh disiplin ini wajar dimasukkan dalam buku Sejarah kerana kehebatan penganjur menganjur perhimpunan yang jauh dari keganasan dan rusuhan,” ujarnya.

Justeru beliau berpesan kepada mereka yang mencuba untuk mencari lompongan dan sebagainya, cermin-cerminlah diri sendiri kerana bak kata pepatah terpercik air di dulang akhirnya terpercik ke muka sendiri. -MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.