Kerajaan Negeri Johor Gagal Terjemahkan Semangat Malaysia Baru Dalam Pentedbiran?

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Dewan Muda Johor (DMJ) hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap kerajaan negeri yang seolah-olah tidak mengiktiraf pembangkang dalam amalan demokrasi walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sering melaung-laungkan reformasi keterbukaan pentadbiran mereka.

Dalam satu kenyataannya, DMJ melihat apa yang diutarakan itu tidak diterjemahkan dalam semangat Malaysia Baru dan DMJ komited untuk kerajaan negeri berlaku adil dan menterjemahkan semangat Malaysia Baru demi kepentingan dan ketelusan sistem pentadbiran yang lebih baik.

“Dewan Muda Johor(DMJ) mengikuti secara rapat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang sedang berlangsung kini, malah ia platform terbaik bagi DMJ untuk melihat sendiri perbahasan berkaitan Belanjawan Johor 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Besar.

“Sesungguhnya, Belanjawan Johor 2019 wajar diberi pujian kerana Menteri Besar Johor mengambil langkah selamat dengan meneruskan sebahagian besar Bajet 2018 pentadbiran dahulu demi kepentingan rakyat.

“Walau bagaimanapun, ada perkara yang sungguh mendukacitakan kami sebagai anak muda Johor melihat tindak balas oleh Menteri Besar Johor terhadap soalan-soalan yang diajukan oleh wakil rakyat pembangkang.

“Pertama, apabila Kerajaan PH yang selalu melaungkan reformasi dan keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan untuk mengiktiraf pembangkang dalam amalan demokrasi, Tetapi ia langsung tidak diterjemahkan dalam semangat Malaysia Baharu,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Kedua katanya lagi, DMJ menyokong penuh tindakan Ketua Pembangkang Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad yang memulangkan semula elaun dan kemudahan pejabat atas prinsip maruah dan intergriti.

“Adakah menyediakan sebuah bilik kepada ketua pembangkang dan elaun bulanan RM3,000 ialah bukti Kerajaan Negeri mengiktiraf peranan pembangkang di negeri ini. Ia tidak ubah seperti memberi gula-gula sahaja. Sebaliknya hak-hak yang lain dinafikan seperti tidak dibenarkan menghadiri mana-mana majlis anjuran kerajaan dan agensi di bawahnya dan tidak dibenarkan menghadiri Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah.

“Ini bukan kali pertama Menteri Besar Johor gagal mengawal emosi setiap kali berhadapan dengan blok pembangkang, malah sebelum ini juga beliau mahu menyekat peruntukan untuk semua kawasan yang dimenangi oleh pembangkang sedangkan apabila dilantik sebagai Kerajaan Negeri dan pemimpin beliau seharusnya adil dalam menjalankan amanah,” ujarnya.

Tegas  DMJ,  seharusnya Menteri Besar Johor bersikap professional dan membuang sifat dendam serta menunjukkan contoh sebagai pemimpin yang boleh dicontohi memandangkan kerajaan sebelum ini juga tidak pernah memilih bulu dan kawasan untuk dibantu dan dibangunkan tanpa mengira fahaman politik,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.