‘Kantoi’ Lagi, Menteri PH Tak Ikut ‘Rule of Law’, Dakwa Dulu Siasat Kemudian…

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik ‘kantoi’ lagi apabila terperangkap dalam isu Program Susu 1Malaysia (PS1M) yang di dakwa ‘hilang’ dari sekolah berikutan skandal dalam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) era pentadbiran kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Dr Maszlee yang kononnya mahu membuat pendedahan penyelewengan di KPM.

“Rupanya Maszlee pun tidak ikut ‘rule of law’, kerana dakwa dulu dan siasat kemudian.

“Dia pun ada DNA Guan Eng yang suka mencari salah orang lain, malangnya Maszlee yang terkedu,” katanya dalam maklumbalas di laman facebooknya.

Jelasnya, pendedahan Dr Maszlee berkaitan PS1M gagal kerana tiada bekalan susu dihantar ke sekolah adalah tidak benar.

“Rupanya tahun lepas program berkenaan dilaksanakan kerana susu memang dihantar ke 7,000 buah sekolah. Tahun ini memang tidak dilaksanakan kerana kontrak baru tidak dikeluarkan selepas berlaku pertukaran kerajaan.”

PS1M yang sepatutnya berjalan sejak Mac lalu tetapi menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, makluman daripada sekolah mendapati ia belum diterima.
Dr Maszlee mendakwa PS1M yang ‘hilang’ dari sekolah hanyalah satu daripada banyak skandal dalam kementerian pendidikan era BN.

Namun demikian dilaporkan bahawa punca PS1M tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kegagalan kementerian kewangan mengeluarkan waran untuk tender pemerolehan susu kotak yang tidak diteruskan selepas peralihan kuasa pasca-PRU ke-14.

“Kalau berani, kita minta Maszlee, siasat satu syarikat bernama AZAIR milik suami Dr Zeti bekas Gabenor Bank Negara yang mana syarikat ini mendapat kontrak membina “tube well” atau perigi tiub untuk sekolah pedalaman di Sabah dan Sarawak,” cabar Dr Puad.

Jelasnya, majoriti perigi tiub ini tidak berfungsi kerana gagal mengeluarkan air bersih dan air berbau.

“Benarkah syarikat ini masih mendapat kontrak penyelenggaraan berjuta ringgit walaupun “tube well” itu dianggap projek gagal. Zeti kini orang kuat Mahathir.” – MediaUMN

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.