Langgar Janji Perlihatkan Menteri Pendidikan Tidak Punyai Berprinsip


KUALA LUMPUR, 10 Sept – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah meminta Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik agar tidak memperbodohkan rakyat dengan alasan tidak ‘mahu derhaka’ berhubung isu pelantikannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru-baru ini.

Menurut beliau, pelantikan itu akan dicadangkan oleh kerajaan dan beliau boleh saja menolak tawaran tersebut sebelum dipersetujui diperingkat tertinggi.

“Kemudian kalau ada yang berkata bahawa perlantikannya membolehkan beliau menjaga kebajikan kakitangan atau membantu menambah baik universiti termasuk meningkatkan kemudahan infrastruktur, ia bukan alasan yang baik kerana dikedudukan beliau sebagai Menteri Pendidikan juga perkara itu boleh dilakukan.

“Kebimbangan kita ialah, dengan bebanan ini, tugas beliau untuk menjaga pendidikan negara akan terjejas. Apatah lagi sejak menjawat jawatan Menteri Pendidikan, beliau masih belum jelas dapat mengemukakan sesuatu yang baru pada pendidikan negara selain mengemukakan beberapa syor atau cadangan remeh-temeh seumpama kasut hitam,” ujarnya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah Anuar, pelantikan ini tidak akan menjadi isu sekiranya Mazlee tidak melaung-laungkan kebebasan institusi pendidikan agar bebas daripada sebarang campur tangan politik.

“Banyak kali beliau bercakap soal kebebasan institusi pendidikan. Kononnya mahu bebaskannya daripada sebarang campurtangan politik dan kita memang menyokong.

“Ini termasuklah memberikan kebebasan kepada institusi pendidikan tinggi dalam negara. Namun sekarang apa yang berlaku ?”, ujarnya.

Dr Shamsul seterusnya percaya pelbagai pihak tidak akan mempertikai perlantikan ini jika beliau tidak berjanji, kerana memang bukan tidak pernah berlaku Menteri Pendidikan dilantik ke jawatan itu.

“Soalnya ialah beliau sendiri yang memperjuangkan kebebasan institusi Pendidikan Tinggi yang dilaungkan oleh beliau dan juga Kerajaan PH tetapi beliau sendiri yang tidak konsisten dalam pendiriannya dengan pelantikan ini.

“Malah apabila pelantikan Setiausaha politik Maszlee sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia (UUM) lebih menampakkan bahawa Dr Maszlee memang mahu membina pengaruh sendiri,” tegas Anuar lagi.

Apa yang jelas di sini ialah, beliau telah memungkiri janjinya sendiri yang sudah cukup untuk mengambarkan beliau seorang yang tidak berprinsip.

“Justeru itu, apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik nampaknya mahu terus memegang jawatan Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang kini dibantah oleh pelbagai pihak jelas menunjukkan beliau hanya bijak berkata-kata tetapi dari segi tindakan, beliau sangat berlainan sekali.

“Kita mahu lihat apakah beliau akan mengikut nasihat atau komen Perdana Menteri. Kalau beliau melanggarnya maka rakyat boleh menilainya. Namun jika Perdana Menteri juga terpaksa mengikut kehendak Dr Maszlee ia juga mengambarkan kelemahan Perdana Menteri”, katanya.

Apapun tegas Shamsul yang jelas Dr Maszlee memang hanya pandai berjanji dan bercakap, namun beliau tidak pandai melaksanakan apa yang beliau janjikan atau perkatakan termasuk soal Akta Kolej & Universiti ( AUKU ), menghapuskan tol, pengendalian isu sijil peperiksaan bersepadu (UEC) dan beberapa isu lain.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.