Peguam Cadang Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Isu Pengguguran Kes Rasuah Guan Eng

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Ahi Panel program diskusi U3.0, Adzly Abd Manas mencadangkan agar ada satu siasatan Diraja ditubuhkan  bagi menyiasat kes rasuah Menteri Kewangan, Lim Guan Eng agar segala fakta berhubung kes tersebut dapat didedahkan kepada rakyat.

Beliau yang juga merupakan seorang peguam, mencadangkan agar ahli-ahli parlimen dalam sidang parlimen yang akan datang supaya membuat usul  penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kes ini supaya rakyat mengetahui cerita yang sebenar di sebalik pengguguran kes rasuah tersebut baru-baru ini.

“Hari ini rakyat masih tertanya-tanya, betul atau tidak betul kes ini. Apa sebenarnya yang berlaku? Sebab itu satu Suruhanjaya Siasatan Diraja perlu diwujudkan untuk menyiasat perkara ini dan membersihkan segala tanggapan negatif rakyat untuk mengangkat Rule Of Law itu sendiri.

“Memandangkan kes ini masih belum selesai di mahkamah dan secara tiba-tiba ia digugurkan, jadi rakyat tidak tahu apa cerita sebenarnya,” ujarnya ketika bersiaran langsung melalui facebook UMNO Online semalam.

Jelasnya, ekoran timbul pelbagai kekeliruan serta tanda tanya di kalangan rakyat berhubung kes rasuah ini, serta terdapatnya ‘conflict of interest’ berkaitan kes siasatan rasuah Menteri Kewangan itu, maka sudah pasti penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini dapat menjelaskan segala tanda tanya yang berlegar di pemikiran rakyat hari ini.

“Boleh atau tidak, sekiranya kita sebagai rakyat biasa mahu melihat keterangan yang diberikan oleh 25 orang saksi tersebut. Boleh atau tidak di atas nama keadilan dengan memegang prinsip Rule Of Law.

“Jadi untuk itu, kita kena buat satu permohonan di mahkamah agar dapat mendedahkan hasil siasatan itu termasuk keterangan saksi seramai 25 orang itu agar rakyat umum dapat mengetahui fakta-fakta kes rasuah itu yang sebenarnya,” jelasnya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.