Tolak Petualang Bangsa, Puak Rasis Dan Cauvinis Yang Diketuai Dap – Dr Asyraf

 

PASIR SALAK, 2 Sept – Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi menegaskan, golongan yang mempertikaikan dan memperlekehkan Islam sebagai agama persekutuan dan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini adalah terdiri daripada golongan rasis dan cauvinis yang diketuai oleh parti politik Dap.

Jelasnya, selama ini orang-orang Melayu, terutama UMNO yang berjuang mempertahankan Islam dan hak-hak istimewa orang Melayu di negara ini dianggap sebagai rasis, sedangkan hakikatnya golongan yang mempertikaikan kedua-dua perkara tersebut yang telah termaktub di dalam perlembagaan itulah sebenarnya yang bersikap rasis.

“Dap selama ini menuduh kita rasis apabila mempertahankan Islam dan hak-hak istimewa bangsa Melayu. Tetapi hakikatnya siapa yang rasis?

“Daplah yang rasis dan cauvinis sebenarnya kerana mereka kini sibuk untuk meragut hak-hak istimewa orang Melayu, malah memperlekeh-lekehkan Islam sebagai agama persekutuan”, katanya.

Tegas beliau lagi mereka menuduh orang-orang Melayu rasis, sedangkan hakikat sebenarnya bangsa Melayulah yang penuh dengan tolenrasi dan bersikap sopan santun terhadap kaum-kaum lain.

Orang Melayu tambahnya sanggup berkongsi tanahair ini dengan kaum-kaum lain.

“Apa yang kita perjuangkan hari ini adalah hak kita. Dan apa yang mereka perjuangkan hari ini adalah untuk meragut hak-hak kita. Pihak yang cuba meragut hak-hak kita itulah sebenarnya yang bersikap rasis,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di program Himpunan Melayu Bangkit yang diadakan bertempat di Kampung Gajah, Pasir Salak semalam.

Hari ini katanya lagi, orang Melayu menyaksikan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini apabila Islam sebagai agama persekutuan negara sudah mula diperkotak-katikkan oleh golongan tertentu di bawah pentadbiran kerajaan baru hari ini.

“Tidak pernah terjadi di dalam sejarah negara kita, Islam mula diperkotak-katikkan seperti yang kita lihar hari ini. Baru sahaja memegang tampuk pemerintahan menjadi kerajaan, sudah mula mempersoalkan institusi-institusi agama.

“Mereka kata institusi agama ini membazir wang negara. Mereka mahu hapuskan JAKIM. Hari ini, individu-individu yang seringkali mempertikaikan institusi agama Islam seperti Ambiga telah dilantik menjadi penasihat kerajaan”, ujarnya.

Bukan itu sahaja tambah beliau, jika tidak kerana Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu, mereka sudahpun melantik jawatankuasa reformasi agama, untuk mengkaji institusi agama di negara ini.

“Mereka melantik orang-orang kuat Sister In Islam, mereka melantik golongan liberal dalam jawatankuasa ini.

“Mereka inilah sebenarnya petualang-petualang bangsa Melayu. Nama saja mereka ini Melayu, tetapi hakikatnya mereka ini bekerja untuk melaksanakan hasrat dan agenda Dap di negara ini”, katanya.

Jelas beliau lagi selama 61 tahun orang Melayu telah berkrompomi dengan kaum-kaum lain dengan berkongsi tanahair ini.

“Kita cuma meminta beberapa perkara untuk dijamin sebagai hak-hak orang Melayu iaitu Islam sebagai agama persekutuan, Kedaulatan Institusi Raja-Raja, hak-hak istimewa orang Melayu.

“Dan jika itu tidak boleh mereka terima, maka saya yakin orang Melayu tidak akan berkrompomi lagi dalam hal ini,” tegasnya.-MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.