GST Jadi Mangsa ‘Demonize’, Telah di ‘Politicize’ Untuk Tunjukkan Kuasa Kerajaan Hari ini

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Persidangan Dewan Rakyat semalam telah meluluskan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) biarpun pihak pembangkang telah mengetahkan hujah-hujah rasional khususnya berkaitan dengan kepentingan rakyat yang membabitkan kos harga barang.

Dalam persidangan semalam Rang Undang-undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 itu diluluskan menerusi undian suara selepas dibacakan buat kali ketiga oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng di peringkat jawatankuasa, malah Guan Eng sempat berseloroh berkata: “Akhirnya GST sudah mati.”

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bakal diperkenalkan semula pada September ini atas alas an akan membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat berbanding GST.

Terdahulu, dalam sesi perbahasan, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (YB KJ) telah membangkitkan hal tersebut dan memang go all out… tapi nampak lah beliau dah ‘fatigue’ apabila redha menyebut permansuhan akan di’bulldoze’ by today….
.
Berikut ringkasan point-point penting Perbahasan beliau:

1. Kesal kerana, GST telah menjadi mangsa ‘demonize’ dan telah di ‘politicize’ dan pemansuhan ini seolah-olah ‘marahkan nyamuk kita bakar kelambu’.

2. Seolah olah GST adalah sebuah sistem yang langsung tiada kebaikannya dan langsung tiada peluang menambah baik sistemnya walaupun diperakui dari segi percukaian yang lebih bagus, luas dan efisien diseluruh dunia.

3. Tiada hujah daripada YB Menteri yang meyakinkan mengenai kekurangan GST, defektif ataupun ‘diefficent’ jika dibandingkan dengan SST.

4. Namun sebaliknya apa yang disampaikan hanyalah masalah perlaksanaan dan kadar ambang(‘treshold’) dan jumlah barang dalam senarai pengecualian (‘bucket list’), kadar yang lebih tinggi dan masalah ‘input tax credit’ yang tidak dibayar semula.

5. Yang mana semuanya adalah masalah perlaksanaan yang beliau percaya dapat diatasi oleh pemerintah yg ada pada hari ini.

6. Beliau turut merujuk isu utama yang menjadi ‘final nail in the coffin’ untuk memansuhkan GST iaitu tuntutan yang tidak dikembalikan kepada syarikat iaitu ‘input tax credit’.

7. Setakat 31.5.2018, kononnya RM19.4 Billion tidak dipulangkan kepada syarikat yang membayar GST, namun seperti yang dihighlight oleh YB Pontian, sebenarnya daripada RM 19.4B, RM11 Billion, boleh didapati semula melalui ‘forgone taxitation’ dari tempoh 3 bulan ‘tax holiday’.

8. Namun menteri tidak menyebut pecahan figur RM19.4 Billion yang datang daripada tuntutan yang tidak mengikut garis panduan yang tidak dipatuhi, tuntuan yang proses auditnya masih dijalankan oleh pihak kastam dan juga tuntutan-tuntutan yang meragukan, ataupun berapa ‘shortfall’ daripada unjuran bajet akaun amanah yang diperuntukkan untuk ITC oleh MoF yang terdahulu.

9. Sebaliknya YB Menteri telah menggunakan perkataan negatif seperti ‘rompak’, ‘data palsu’ dan ‘curi’ tanpa menerangkan secara sebenar tanpa melonggokkan dan mencampurkan adukkan kesemua figur dibawah bakul yang sama.

10. Maka YB Rembau dan YB Jeli mencabar YB Menteri untuk membuka siasatan inquiry seperti PAC ataupun membawa kes ini ke mahkamah dan membukanya sebagai kes Jenayah!

11. Ini adalah penting demi keadilan, ketelusan dan demi menjaga nama baik dan Imej Pentadbiran Awam seperti Kastam dan MoF itu sendiri.

12. Sedar bahawa rang undang-undang ini akan di’bulldoze’ tanpa melalui cadangan penubuhan jawatankuasa terpilih yang dicadangkan.

13. Mengingatkan kerajaan akan hilang ‘senjata’ yang ampuh bagi kerajaan apabila memansuhkan GST, dimana kerajaan telah hilang pandangan jelas terhadap seluruh rantaian pembekalan. Dimana Kastam akan kehilangan satu keupayaan yang besar yang seterusnya akan mendorong ketirisan melalui ‘black economy’.

14. Mengingatkan juga apabila kerajaan telah hilang pandangan yang jelas terhadap ‘the entire supply chain’, rantaian nilai ataupun rantain pembekalan kita, sudah pasti kita tidak akan dapat elak daripada masalah ‘transfer pricing’ dan juga lari cukai.

15. Mengingatkan kita juga telah mengembalikan satu sistem yang tidak dapat lari dari isu cascading tax, compounding tax yang mana YB Menteri boleh semak sendiri diwebsite kastam, dimana Powerpoint mempertahankan GST over SST masih ada lagi.

16. Akhir sekali, pembangkang menasihatkan kerajaan untuk membandingkan SST dengan GST lama, tetapi sebaiknya ‘reform’ GST lama to a better systrm dengan addressing masalah yang ada. Bukannya mempolitikkan dan ‘demonize’ GST yang boleh selesaikan isu ‘black economy’, kutip lebih hasil, ‘fairer’ tax system dan mansuhkan sistem percukaian yang moden, dasar ekonomi yang baik semata-mata kerana janji populis pilihanraya!

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.