‘Kasut Hitam’ Topik Diskusi N49 Malam Ini

SHAH ALAM, 31 Julai – Siri diskusi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis diteruskan dengan topik sensasi ‘Kasut Hitam’ yang akan mengupas soal-soal pendidikan malam ini.

Dengan panel jemputan ialah Hisham Suhaily Othman, EXCO Wanita UMNO Malaysia bersama Adnan Seman, Timbalan Ketua UMNO bahagian Bandar Tun Razak yang juga pengamal undang-undang akan membincangkan topik berkaitan dengan situasi semasa hari ini.

Siaran secara langsung diskusi ini boleh diikuti dengan tontonan dari laman facebook UMNO-Online tepat 9.00 malam ini.

Diskusi N49 ini diadakan setiap malam dengan isu-isu terkini dan dekat di hati rakyat sepanjang 14 hari tempoh kempen PRK DUN Sungai Kandis. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.