Kunjungan Hormat Blok Pembangkang Kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Bagi memartabatkan lagi Dewan Rakyat serta memastikan persidangan berjalan dengan lancar, satu kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah diadakan pada hari ini oleh pemimpin dari blok Pembangkang dan Bebas.

Menerusi pertemuan tersebut, antaranya ialah jawapan bagi Pertanyaan Jawab Lisan yang keluar dalam Aturan Urusan Mesyuarat tidak diterima pada hari yang sama.

Antara lain, isu yang turut dibangkitkan adalah mengenai susunan soalan yang tidak mengikut ratio jumlah ahli-ahli Parlimen antara BN, Pas dan GPS. 

Kepimpinan blok Pembangkang dan Bebas juga turut mencadangkan agar sistem giliran yang lebih adil diamalkan bagi agihan soalan tambahan. Langkah-langkah ini bagi memastikan suara setiap parti dapat didengar di Dewan yang mulia ini.

Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen BN (BNPC), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob, Ketua Whip BN, Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Whip Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.