Politik Dendam: ‘Rule of Law’ Hanya Untuk Yang Menentang PH, Prejudis Terhadap Najib


KUALA LUMPUR, 23 Mei – “Cukup-cukuplah dengan politik dendam yang diamalkan oleh Tun Mahathir kerana tidak semua rakyat boleh menerima cerita dongeng Datuk Seri Shukri Abdull, malah kenyataan beliau membuktikan ada subjudis dan telah menimbulkan prejudis terhadap Datuk Seri Najib Razak.”

Demikian tegas Datuk Lokman Noor Adam yang membuat laporan polis terhadap Ketua Pengarah SPRM itu hari ini.

“Jika apa yang Datuk Seri Shukri katakan adalah benar, ini jelas membuktikan bahawa perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah SPRM adalah dengan tujuan khusus untuk membalas dendam dan memastikan Datuk Seri Najib Tun Razak dipenjarakan.

“Ini jelas menunjukkan bahawa ‘Rule of Law’ hanya untuk mereka yang menentang Pakatan Harapan (PH) sahaja dan bukan pemimpin regim Mahathir Dap.”

Beliau membuat laporan polis ke atas Shukri berhubung satu sidang media di Ibu Pejabat SPRM semalam dan telah ditonton melalui Astro Awani, yang membuat pengakuan telah ditawarkan rasuah oleh seorang ahli parlimen untuk menutup kes 1MDB.

“Berdasarkan kenyataan beliau ini, ianya membuktikan bahawa Datuk Seri Shukri telah gagal melaporkan cubaan merasuah dirinya.”

Katanya, kegagalan Shukri melaporkan perkara ini merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 25 (1) dan (2) Akta SPRM 2009 dan sekiranya disabitkan bersalah, boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya membuat laporan polis hari ini kerana kejadian berlaku semasa Datuk Seri Shukri Abdull masih merupakan penjawat awam. Tiada timbul istilah takut sebab akta perlindungan saksi ada dan dia boleh memohon perlindungan saksi,” tegasnya lagi. – MediaUMNO