Wanita Akan Terus Jadi Tulang Belakang UMNO, Pastikan Persidangan Cawangan Perkukuh Parti

 

KUALA LUMPUR, 18 Mei – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berkata, wanita akan terus menggerakkan jentera bagi memastikan mesyuarat cawangan yang bakal berlangsung bermula 19 Mei ini dapat dijalankan tanpa sebarang masalah.

Jelas beliau, walaupun UMNO kini bukan lagi kerajaan pemerintah namun ini tidak bermakna gerak kerja harus ‘mati’.

“Kita akan pastikan ahli UMNO akan keluar untuk menghadiri mesyuarat cawangan. Ini penting bagi memberi semangat kepada ahli UMNO dan juga memastikan mesyuarat dapat dijalankan dengan baik.

“Kita harus terus bergerak untuk membina semula UMNO dari bawah. Wanita akan terus komited membantu parti bangkit kembali,” jelas beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Norhayati, Wanita tidak akan membiarkan perasaan kecewa menguasai diri malah Wanita akan terus menjadi tulang belakang parti di kalah susah dan senang.

“Kita akan bangkit bersama-sama. Dalam kepayahan ini, Wanita tidak akan sama sekali meninggalkan parti,” ujar beliau lagi.

Majlis Tertinggi UMNO telah menetapkan tarikh persidangan tahunan Cawangan dan Pergerakan sayap Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO bakal bermula Sabtu, 19 Mei 2018 sehingga Ahad, 10 Jun 2018 sementara di peringkat bahagian pada Sabtu, 30 Jun 2018.- MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.