Tiba-tiba Lulus?… Mohon Penjelasan ROS Dan Kerajaan…

Atas asas apa tiba-tiba sahaja apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan, maka kelulusan ini diberikan???…

Jika wujud salahguna kuasa sewaktu pentadbiran yang lalu yang telah menghalang kelulusan pendaftaran ini, maka individu-individu berkenaan wajar dihadapkan ke pengadilan…

Jika kegagalan meluluskan pendaftaran PH di bawah pentadbiran yang lalu akibat masalah peraturan yang gagal dipatuhi, maka seluruh rakyat perlu dan berhak tahu apakah kini kegagalan tersebut telah di atasi dan apakah bentuk penyelesaian tersebut???…

Jika bukan salah satu daripada di atas, maka apakah kelulusan ini dikeluarkan kerana hari ini kerajaan yang berkuasa adalah PH, justeru kelulusan tersebut segera dikeluarkan???…

Rakyat berhak tahu kerana antara janji yg ditaburkan oleh PH iaitu menjamin ketelusan urusan kerajaan dan juga berjanji bahawa tiada campurtangan parti pemerintah di dalam urusan yang berkepentingan sendiri, apatah lagi melibatkan peraturan atau undang-undang.

Amatlah malang bagi negara sekiranya cara yang lama masih digunapakai iaitu parti yang mentadbir boleh mengatasi peraturan, boleh pinda dan ubah mengikut kehendak atau keinginan…

Sepatutnya jika sebelum ini tak boleh kerana masalah sekian-sekian…maka sekarang pun sama jugak lah melainkan masalah atau halangan tersebut telah berjaya diselesaikan… tapi kalau dulu tak boleh kerana salahguna kuasa, kita tuntut orang yang bertanggungjawab disiasat dan dibicarakan…

#RinduZamanTun

alfaqir ilallah ppk

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.