MB Pahang Mulakan Tugas Hari Pertama

KUANTAN, 16 Mei – Menteri Besar yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ramly memulakan tugas pada hari pertamanya di Pejabat Menteri Besar di Wisma Seri Pahang di sini pada 10 pagi tadi.

Ketibaan beliau diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Mohamed Safian Ismail dan disambut warga kerja kerajaan negeri.

KUANTAN, 16 Mei — Menteri Besar Pahang yang baharu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika memasuki pejabat ketika memulakan hari pertama sebagai Menteri Besar di Wisma Seri Pahang hari ini. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.
–fotoBERNAMA

Sejurus tiba di lobi wisma berkenaan, Wan Rosdy meletakkan ibu jarinya di mesin pengimbas perakam masa yang secara rasmi mencatatkan kehadiran beliau untuk bertugas pada 9.56 pagi.

Menteri Besar Pahang ke-15 itu kemudian melawat pejabat-pejabat kerajaan negeri termasuk Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan negeri serta Pejabat Penasihat Undang-undang negeri.

Wan Rosdy kemudian melawat Dewan Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri di bangunan bersebelahan sebelum masuk ke pejabat Menteri Besar Pahang untuk memulakan tugasnya.

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.