Tetap Bersama UMNO, Perjuangan Saya Tidak Boleh Dijual Beli – Suraya

SUNGAI TIANG, 11 Mei – “Perjuangan saya tidak boleh dijual beli. Saya akan tetap bersama UMNO,” tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.

Beliau berkata demikian menjawab isu yang sedang tular di media sosial kononnya beliau kini telah bersama-sama Pakatan Harapan.

Jelas Suraya, isu tersebut hanyalah satu fitnah busuk yang hanya mahu terus memburukkan UMNO.

“Ini adalah satu fitnah… saya amat kesal kerana rakyat begitu mudah percaya dengan fitnah.

“Saya tidak nafikan memang ada tawaran daripada Pakatan Harapan untuk saya menyertai mereka tetapi kesetiaan saya tetap bersama Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

“Walaupun mereka mahu membayar saya berjuta ringgit sekalipun, kesetiaan saya tidak akan berubah,” tegasnya.

Ujar Suraya, walaupun BN kini bergelar pembangkang tetapi ia sedikit pun tidak terfikir untuk mengkhianati parti yang banyak berjasa kepada rakyat.

“Jatuh bangun biar kita bersama-sama. Cukup-cukuplah menyebar fitnah. Kamu semua sudah menang. Tidak perlu lagi sebar fitnah.

“Sekarang masa untuk kami bangkit bersama UMNO,” katanya lagi. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.