11 Alasan Mengapa Ahmad Zahid Perlu Dilepaskan

PIHAK Pendakwaan memulakan bicara dengan menyatakan akan MEMBERHENTIKAN prosiding ke atas kesemua pertuduhan yang di bawa terhadap OKT (Dato’ Seri Zahid) DILEPASKAN tanpa bebas DNAA (Discharge Not Amounting To An Acquittal)

Alasan-alasan pihak pendakwaan adalah:
1. Setelah 15 saksi di peringkat pembelaan, kami berpendapat keterangan 15 saksi perlu diteliti.
2. Dato’ Seri Zahid juga telah mengemukakan surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara bertarikh 08 Disember 2022 dan 23 Januari 2023.

3. Lanjutan representasi yang dikemukakan Dato’ Seri Zahid, pihak SPRM telah pada 20 Jan 2023 memaklumkan pada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan lebih lanjut, mendalam & menyeluruh dilakukan.

4. Dato’ Seri Zahid telah pada 28 Februari 2023 dan 7 Mac 2023 telah mengemukakan 4 lagi representasi membangkitkan isu-isu dan bukti-bukti baharu yang sudah tentunya memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara ini.

5. Surat representasi Dato’ Seri Zahid turut menyentuh sebelum, semasa dan selepas yang dibuat TERBURU-BURU, CUAI, PRA-MATANG dan tidak lengkap.

6. Ini menganggu reputasi Jabatan Peguam Negara, pihak pendakwaan & SPRM (selaku badan tercemar dan dari kaca mata umum seolah-olah telah diperalatkan pihak-pihak tertentu.

7. Untuk tidak menafikan hak Dato’ Seri Zahid dan supaya tiada salah laku (no miscarriage of justice) – PERTUDUHAN TEHADAP DATO’ SERI ZAHID PERLU DIBERHENTIKAN SECARA DNAA SEHINGGA SIASATAN YANG MENYELURUH SELESAI.

8. Mahkamah ambil maklum penubuhan RCI oleh Jemaah Menteri untuk menyiasat tulisan oleh bekas peguam negara, Tommy Thomas dan pendedahan yang dibuat tehadap pertuduhan individu-individu tertentu.

9. Dakwaan dalam representasi Dato’ Seri Zahid bahawa ada pendakwaan terpilih (selective prosecution) daripada rejim Kerajaan sebelum ini. Jadi penting utk Pihak Pendakwa Raya dan SPRM melihat dan turut menyiasat.

10. Selaras dengan tujuan RCI yang bertujuan menyiasat dakwaan-dakwaan berkenaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi negara ini.

11. Satu memo dalaman dikeluarkan AGC yang tular – langkah utk menentu-sahkan kerana turut menyentuh isu yg dibangkitkan Dato’ Seri Zahid melalui representasi yang dikemukakan beliau dan menguatkan lagi untuk siasatan menyeluruh kes melibatkan Dato’ Seri Zahid ini.

AGC di bawah perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk berhentikan yang memberikan kesan DNAA. Kesan DNAA ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak malah lebih adil kepada semua pihak di mana sebarang pertuduhan hendaklah dibuat hanya selepas siasatan lanjut dan RCI selesai bersidang dan mencapai keputusan.

Peguam Negara berpendapat tidak adil untuk menangguhkan perbicaraan (indefinite postposnement) sehingga tarikh RCI yang mengambil masa bertahun-tahun. Sekiranya penangguhan berlaku, mahkamah akan turut terpalit dan dikecam pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

DITULIS BERDASARKAN PENYAMPAIAN

RUMUSAN
Akhirnya pihak Pendakwaan mengambil keputusan untuk DNAA pertuduhan ke atas Dato’ Seri Zahid dah Hakim mengambil keputusan dilepaskan tanpa bebas daripada kesemua 47 pertuduhan pecah amanh, rasuah dan pengubahan wang haram.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.