Slot Wacana Minda Pemilihan UMNO 2023

Slot Wacana Minda ini diwujudkan bagi membolehkan calon-calon yang bertanding di peringkat pusat yang ingin berdiskusi di ruangan media sosial secara langsung di UMNO Online dan juga Hello Malaysia.

Dalam slot ini calon-calon harus mengikuti tata etika yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO. Namun begitu pihak UMNO Online dan Hello Malaysia juga menekankan beberapa aspek yang penting seperti berikut:-

  1. Panelis telah secara rasmi mendaftar diri sebagai calon.
  2. Panelis hendaklah mematuhi Tata Etika Pemilihan UMNO 2023 dan apa juga ketetapan semasa yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
  3. Panelis hendaklah sentiasa mematuhi Tata Etika Ahli UMNO.
  4. Penerangan UMNO Malaysia amat menggalakkan kempen secara positif dan mengelakkan semua elemen serangan berbentuk peribadi serta mengaibkan calon lain.
  5. Penerangan UMNO Malaysia mempunyai kuasa muktamad untuk menghentikan atau tidak menyiarkan kesemua atau sebahagian daripada rakaman temubual sekiranya perlu.
  6. Tajuk-tajuk wacana adalah seperti yang telah disediakan oleh panel dan akan dimaklumkan kepada panelis selepas pendaftaran terlebih dahulu bagi membuat persiapan yang difikirkan perlu.
  7. Panelis hendaklah menyatakan hasrat untuk menyertai program wacana minda ini dengan menghubungi kami seperti berikut:-

a) Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid – 019 281 1898
b) Absah Raziah Ab Razak – 013 379 1091
c) Sdr Zainudin Mohd Jamil – 011 5919 9172