Kajian Semakan Pindaan Akta Orang Asli 1954 Sedang Dilaksanakan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan sedang dalam tindakan untuk meminda Akta Orang Asli 1954 [Akta 134] yang tidak pernah dipinda sejak ia berkuat kuasa pada tahun 1954. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan pindaan akta tersebut dilaksanakan untuk memperhalusi peruntukan semasa secara menyeluruh. “Untuk makluman, kerajaan sedang dalam […]

» Read more

Pemuda UMNO Pokok Sena Gesa Jangan Lengahkan Pelaksanaan Titah Adendum

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad menggesa agar pelaksanaan Titah Adendum oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang memperkenankan tahanan rumah ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dilaksanakan segera, selaras dengan prinsip keadilan dan penghormatan terhadap institusi Raja Berperlembagaan. Menurut beliau, pelaksanaan titah tersebut adalah penting bagi menjunjung […]

» Read more

Titah Adendum: Jangan Ada Pihak Cuba Putar Belit Fakta, ‘Menumpang’ Usaha UMNO – Azhar

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Azhar Zainal Abidin mengingatkan mana-mana pihak untuk tidak memutarbelitkan fakta dan cuba ‘menumpang’ usaha dibuat UMNO bagi membela mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Tegasnya, keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin telah membuktikan bahawa afidavit yang dikemukakan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama Naib Presiden […]

» Read more

‘Sedarlah Pas Memecah Belah Orang Melayu/Islam, Mereka Anggap UMNO Musuh’ – Zawawi

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman menyifatkan Pas sebagai parti yang menampakkan beridentitikan Islam tetapi bersikap umpama syaitan menghasut untuk memecah-belahkan orang Melayu Islam. Beliau berkata ia dapat dilihat pada Isnin lalu apabila Pas bertindak seakan parti yang memperjuangkan kebebasan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Zawawi dalam pada itu turut sama […]

» Read more

Himpunan Solidariti: Ahli Tahu Pas Main Wayang, Tidak Ada Agenda Bela Najib – Mohd Puad

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Tidak ramai penyokong Pas dan PPBM yang menyertai Himpunan Solidariti Najib kerana mengetahui bahawa para pemimpin mereka ‘main wayang’ dan ‘menunggang’ isu berkenaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, sebelum ini Pas sering menggunakan isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memburukkan UMNO/Barisan Nasional (BN). “Kenapa tidak ramai […]

» Read more

Adendum Titah Diraja: Terus Teguh Bersama Kepimpinan UMNO

PERKEMBANGAN terbaru dalam arena politik dan perundangan Malaysia menyaksikan Datuk Seri Najib Razak mendapat kebenaran untuk memulakan prosiding semakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Keputusan ini membuka ruang bagi semakan semula isu yang telah lama menjadi perhatian rakyat Malaysia, khususnya ahli dan penyokong UMNO. Kes ini mendapat perhatian meluas apabila keluarga Datuk Seri Najib membawa kes tersebut ke mahkamah […]

» Read more

Nazifuddin Hargai Sokongan Moral Rakyat, Ahli UMNO Untuk Beri Keadilan Kepada Najib

KUALA LUMPUR, 7 Jan – Ketua Bahagian UMNO Langkawi, Datuk Nazifuddin Najib merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO yang memberikan sokongan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga pada semalam. Beliau berkata ia memberikan manifestasi tersendiri dalam mengangkat keadilan kepada bekas Presiden dan Perdana Menteri itu. “Kepada para pemimpin dan ahli parti politik yang dihormati, tidak ketinggalan […]

» Read more

Titah Adendum: UMNO Junjung Tinggi Kedaulatan Undang-Undang, Hormat Proses Kehakiman – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 7 Jan – UMNO terus komited dalam menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan menghormati proses kehakiman negara, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Ini kerana katanya, beliau bersyukur atas keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memulakan prosiding kehakiman berhubung Titah Adendum. “Alhamdulillah, sebagai ahli MKT UMNO […]

» Read more

Kes Najib: UMNO Junjung Kedaulatan Undang-Undang, Teruskan Berjuang Untuk Keadilan – Mohd Rafi

KUALA LUMPUR, 6 Jan – UMNO sentiasa menjunjung tinggi prinsip kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan serta menghormati proses kehakiman negara dan institusi di-Raja yang menjadi tonggak kestabilan negara. Ujar Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata keputusan Mahkamah Rayuan dalam majoriti 2-1 telah mengembalikan kes berkaitan dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai kewujudan Titah […]

» Read more

Isu Najib: UMNO Pahang Sambut Baik Keputusan Mahkamah Rayuan, Seru Ahli Terus Bersatu Hati

KUANTAN, 6 Jan – Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang melahirkan rasa syukur dan menghargai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Datuk Seri Mohd Najib Razak memulakan prosiding semakan kehakiman mengenai kesahihan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 untuk beliau menjalani baki hukuman pemenjaraan menerusi tahanan di rumah. Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, dalam kenyataannya, beliau menjunjung kasih kepada […]

» Read more
1 2 3 17