Jalinan Rakyat Sabah Diperkukuh, Libatkan Pemuda Dan Puteri UMNO – Bung Moktar

KEMABONG, 6 Okt – Fungsi Jentera Jalinan Rakyat (JR) akan diperkukuhkan dengan  penglibatan dua lagi sayap utama parti iaitu Pergerakan Pemuda UMNO/Barisan Nasional (BN) dan Puteri UMNO. Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, jika sebelum ini jentera JR lebih tertumpu kepada jentera Wanita UMNO, namun untuk memberikan keberkesanan kempen menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 akan datang, ia akan turut […]

» Read more

Kemenangan PRK Mahkota Momentum Perjuangan Untuk UMNO/BN Hadapi PRN Sabah

PAPAR, 4 Okt – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, menekankan betapa pentingnya kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota sebagai pemangkin perjuangan untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang di Sabah. Beliau percaya bahawa kejayaan BN dalam PRK Mahkota Sabtu lalu adalah petanda positif untuk kelangsungan dan kekuatan […]

» Read more

Jeffery Nor Saran UMNO Sabah Terus Siap Sedia Untuk Hadapi PRN

KOTA KINABALU, 4 Okt – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed mengingatkan semua pihak khususnya anggota parti agar terus bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Ini kerana katanya, biarpun tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bakal berakhir Oktober tahun hadapan namun sekarang adalah waktu-waktu yang dianggap penting bagi terus bersedia. “Sudah tentu pelbagai […]

» Read more

Pengerusi JPKK, JKDM Sabah Diminta Laksana Tugas Dengan Telus Dan Cekap Demi Rakyat

SIPITANG, 2 Okt – Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKK) dan Jawatankuasa Komuniti Desa Madani (JKDM) diingatkan agar melaksanakan amanah untuk komuniti di kawasan masing-masing dengan telus, cekap dan penuh tanggungjawab. Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abd Rahman Mohd Noh berkata peranan JPKK dan JKDM merupakan agen yang akan membawa perubahan dari segi kemajuan, kesejahteraan dan perpaduan di setiap […]

» Read more

Bukan Bermotif Politik, Penubuhan JPKKP Dan JKDM Sabah Satu Keperluan Untuk Rakyat

KENINGAU, 1 Okt – Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di negeri Sabah bukanlah bermotif politik sebaliknya ia adalah satu keperluan bagi memudahkan urusan kerajaan dalam mentadbir urus sesebuah kampung dan menggerakkan segala aktiviti kemasyarakatan selain menjadi medium penyaluran maklumat kepada rakyat. Menurut Ketua UMNO Bahagian Keningau, Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi penubuhan JPKKP di Sabah ini tidak timbul […]

» Read more

Model Kerjasama BN/PH Semakin Diterima Rakyat, Boleh Diteruskan Di Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 29 Sept – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berpandangan kemenangan BN di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota bukan sahaja mencerminkan keyakinan rakyat terhadap BN, tetapi juga merupakan penanda aras bahawa formula dan model kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) semakin diterima oleh masyarakat. Kata Bung yang juga Ketua […]

» Read more

Kekalkan Momentum Kemenangan Nenggiri Di Mahkota, Penyuntik Semangat UMNO/BN Sabah Hadapi PRN

KLUANG, 26 Sept – Gelombang atau momentum kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan insya-Allah di Mahkota ini bakal dibawa untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 di Sabah akan datang. Ketua UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kemenangan bagi kedua-dua PRK ini membawa imej positif kepada UMNO/BN pulih dan […]

» Read more

Penting Pertahankan DUN Mahkota, Bawa Semangat Kemenangan Ke Sabah – Siti Aminah

KLUANG, 25 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Siti Aminah Aching berkata penting untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dipertahankan Barisan Nasional (BN). Menurut beliau, ini kerana Mahkota dikenali sebagai kubu kuat namun ia sama sekali tidak memberikan alasan untuk tidak bekerja keras, sebaliknya gerak kerja sebaiknya dilakukan sejak awal penamaan calon. “Diharapkan adalah kemenangan sebab kita […]

» Read more

Menangkan Calon BN, Buktikan Parti Semakin Teguh Untuk Dibawa Ke PRN Sabah – Noraini Idris

KLUANG, 25 Sept – Ketua Wanita UMNO Negeri Sabah, Datuk Noraini Idris menyeru jentera Barisan Nasional (BN)/UMNO terus bekerja bagi memastikan pengundi memilih calon BN sebagai bukti bahawa parti ini semakin teguh dan kembali menjadi pilihan. Ujarnya yang turut sama membantu sebagai jentera dalam kempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kemenangan BN di sini amat […]

» Read more

Jeffery Nor Ingatkan Kepimpinan Politik Sabah Jangan Dabik Dada, UMNO/BN Tidak Leka Dan Lalai

KOTA KINABALU, 16 Sept – Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed mengingatkan semua pihak khususnya kepimpinan politik di negeri ini untuk tidak mendabik dada dan memburukkan UMNO/Barisan Nasional (BN). Sebaliknya ujar beliau, semua pihak terutamanya parti lawan perlu melihat kepada sejarah dunia politik masing-masing iaitu dari mana bermula lantaran ramai diantara mereka diangkat menjadi wakil rakyat suatu […]

» Read more
1 24 25 26 27 28 429