Bung Moktar Umum Jeffrey Nor Calon BN Kerusi DUN Tanjung Keramat Untuk PRN Sabah

KOTA KINABALU, 28 Okt – Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat menjelang Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN-17) akan datang. Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, beliau melahirkan keyakinan kepada Jeffrey Nor akan mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengundi di Tanjung Keramat sekali […]

» Read more

Wanita UMNO Sabah Teruskan Gerak Kerja Perkukuh Parti, Siap Siaga Hadapi PRN Ke-17

KOTA KINABALU, 26 Okt – Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Noraini Idris, menegaskan bahawa kesiapsiagaan jentera Wanita UMNO perlu dipergiatkan di semua peringkat dalam usaha untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang. Beliau berkata, gerak kerja menyantuni pengundi adalah penting untuk memastikan kejayaan parti dalam pilihan raya yang akan datang. “Cabaran dalam PRN ke-17 adalah berbeza berbanding […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Siap Sedia Hadapi PRN Sabah, Sharif Musa Tegaskan Keutamaan Untuk Parti

LAHAD DATU, 24 Okt – Dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, menekankan pentingnya semua jentera dan ahli parti bersedia menggempur dan berjuang untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) demi kelangsungan UMNO Sabah. Katanya, walaupun penggal penuh Dewan Undangan Negeri (DUN) berakhir pada […]

» Read more

Isu Harga Tiket Penerbangan Mahal Antara Sabah Ke Semenanjung Malaysia, Bung Moktar Gesa Kerajaan Kawal

KUALA LUMPUR, 24 Okt – Isu tiket penerbangan antara Sabah ke Semenanjung Malaysia yang disifatkan terlalu tinggi berbangkit semula di Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat semalam turut menyentuh isu ini. Beliau melahirkan kebimbangan mengenai kos tinggi penerbangan dari Sabah ke Semenanjung Malaysia […]

» Read more

Teruskan Adaptasi Gerak Kerja UMNO Untuk Rakyat Di Sabah – Jeffery Nor

KOTA KINABALU, 23 Okt – Dalam usaha memantapkan gerak kerja UMNO di setiap peringkat, Pengarah Jabatan Pilihan Raya UMNO Sabah, Jeffery Nor Mohamed, telah mengadakan sesi libat urus dengan Jalinan Rakyat (JR) di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Aru. Ujarnya, pertemuan ini bertujuan untuk memperkuat perancangan strategik bagi menyantuni rakyat dan meraih sokongan pengundi tempatan. Jeffery menekankan pentingnya setiap anggota […]

» Read more

PRN Sabah: Kerjasama BN-PH Untuk Transformasi Kemiskinan

KUALA LUMPUR, 22 Okt – Keputusan UMNO untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang adalah bagi mewujudkan satu kerajaan baharu yang mampu mengeluarkan Sabah daripada terus berada di antara negeri termundur di negara ini. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, langkah itu diambil berdasarkan keperluan untuk mencapai […]

» Read more

Retreat UMNO Bahagian Papar Aplikasi Semangat Kebangkitan Depani PRN Sabah

PAPAR, 22 Okt – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi, menekankan bahawa semangat untuk ‘bangkit’ daripada kekalahan perlu disertai dengan usaha yang serius dan berstrategi untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan. Ujarnya, apa yang lebih penting dalam merealisasikan ‘bangkit’ adalah dengan melaksanakan usaha bersungguh-sungguh atas semangat dan kekuatan yang bersepadu. “Bila sebut ‘bangkit’, kita semua bersemangat. Namun, adakah semangat […]

» Read more

Fokus Perkuat UMNO Sabah Sebelum Putuskan Soal Gabungan Dengan Parti Lain – Bung Moktar

PAPAR, 21 Okt – UMNO Sabah perlu memberi keutamaan terlebih dahulu untuk memperkukuh parti di semua peringkat sebelum memikirkan soal kerjasama dan parti gabungan lain bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN-17) akan datang. Sehubungan itu, Pengerusinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta ahli dan jentera parti agar tidak memikirkan soal gabungan bersama parti lain sebaliknya keutamaan ketika ini memberikan perhatian […]

» Read more

Belanjawan 2025 Bukti Kerajaan Sentiasa Prihatin Kepada Pembangunan Sabah, Sarawak – Mohd Rafi

LABUAN, 19 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, pengumuman Budget 2025 yang di buat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam sudah semestikan membawa impak yang positif kepada Negeri Sabah dan Sarawak dengan peruntukan RM6.7 bilion untuk Sabah dan RM5.9 bilion untuk Sarawak. Katanya yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan, ini […]

» Read more

Belanjawan 2025: Sabah Perlu Peruntukan Besar Atasi Masalah Kemudahan Asas Kritikal – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 18 Okt – Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah tentu rakyat Sabah mengharapkan Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan membawa khabar gembira untuk rakyat di negeri ini. Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkeyakinan kerajaan pusat di bawah kepimpinan Perdana Menteri akan dapat menyelami hasrat rakyat Sabah yang mahukan […]

» Read more
1 22 23 24 25 26 429