Wakil Sabah Adalah Rakyat, Bukan Lambang Parti – Salleh Said

KOTA KINABALU, 18 Julai – Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa masa depan Sabah tidak harus digantung semata-mata pada lambang atau nama parti politik, sebaliknya bergantung kepada keikhlasan dan komitmen individu yang mewakili rakyat. “Parti hanyalah alat. Yang penting ialah siapa pemimpin itu, apa nilai yang dia pegang, dan sejauh mana dia benar-benar berjuang untuk rakyat […]

» Read more

PRN Sabah: Bawa Politik Waras… Tanpa Hina, Fitnah

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Semua pihak digesa untuk membawa politik yang waras dengan tidak menghina, memfitnah dan menjatuhkan maruah sesiapa lebih-lebih lagi apabila menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tidak lama lagi. Setiausaha UMNO Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau menghormati pendirian dan meraikan perbezaan pendapat rakan-rakan yang menyokong parti berbeza seperti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). “Saya […]

» Read more

Komitmen Holistik KKDW Bukti Rakyat Luar Bandar Sabah Diutamakan – Jamal Nerubi

PAPAR, 16 Julai – Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi memuji komitmen serius kerajaan Persekutuan khususnya melalui Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dalam memperkasa ekonomi rakyat luar bandar, terutamanya golongan usahawan mikro dan kecil di Sabah. Beliau berkata, usaha proaktif ini amat bertepatan dengan keperluan semasa rakyat, khususnya dalam era pasca pandemik yang […]

» Read more

Kesejahteraan Rakyat Sabah Mesti Jadi Realiti, Bukan Sekadar Naratif – Suhaimi

LIBARAN, 14 Julai – “Saya akan terus memantau dan memperjuangkan isu-isu rakyat agar kesejahteraan rakyat tidak hanya menjadi naratif, tetapi satu realiti yang dapat dirasai oleh seluruh rakyat Sabah.” Itulah komitmen tegas Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir dalam usaha berterusannya membela kebajikan rakyat. Beliau memaklumkan projek menaik taraf titian pejalan kaki di Jeti Nelayan […]

» Read more

UMNO Sabah Tolak Fitnah, Teruskan Bersatu Laksana Perjuangan

KOTA KINABALU, 14 Julai – Penduduk Lamag diseru agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah dan dakyah luar yang cuba menafikan pembangunan yang sedang rancak dijalankan di kawasan ini. Seruan itu disuarakan oleh Pengarah Pilihan Raya UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dalam satu majlis bersama rakyat di Kampung Nusa Jaya., Lamag yang turut dihadiri pemimpin utama UMNO Sabah. […]

» Read more

Rundingan Mengenai PRN Sabah Belum Dimuktamadkan – Ahmad Zahid

TANAH MERAH, 11 Julai – UMNO telah mengadakan perbincangan dengan parti-parti terlibat menjelang Pihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun tiada keputusan muktamad dicapai setakat ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata bagaimanapun, persiapan menghadapi PRN Sabah sudah bermula sejak tahun lepas sebagai langkah kesiapsiagaan parti. “Kita sudah ada perbincangan, […]

» Read more

UMNO Lahad Datu Seru Transformasi Pemikiran Rakyat, PRN-17 Detik Penentu Arah Sabah

LAHAD DATU, 10 Julai – Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul menyeru masyarakat khususnya di kawasan Lahad Datu agar melakukan anjakan pemikiran dan tidak terperangkap dengan janji-janji politik kosong menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Beliau berkata demikian selepas menyantuni jentera daripada DUN Kunak, DUN Tungku, DUN Segama, dan DUN Silam yang turut bersama Pasukan Nukleus […]

» Read more

Mandat Rakyat Penentu Masa Depan Sabah – Salleh Said Keruak

KOTA KINABALU, 9 Julai – Bendahari UMNO merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak menegaskan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang bakal berlaku bukanlah satu perkara mengejutkan, sebaliknya merupakan sebahagian daripada proses demokrasi yang biasa. Katanya, penggal semasa hampir ke penghujung dan mengikut peruntukan undang-undang, pilihan raya mesti diadakan dalam tahun ini bagi […]

» Read more

Sabah Catat Kadar Pengangguran Tertinggi … UMNO Sabah Pertikai Kejayaan 94% SMJ 1.0

KOTA KINABALU, 9 Julai – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir mempersoalkan dakwaan kejayaan 94% Pelan Sabah Maju Jaya (SMJ 1.0) yang diumumkan kerajaan negeri, ketika Sabah masih mencatat kadar pengangguran tertinggi di Malaysia iaitu 7.7%. Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Libaran, angka itu adalah statistik rasmi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bersamaan lebih 169,800 rakyat Sabah yang masih […]

» Read more

Sabah Antara Negeri Rumah Termahal, Rakyat Perlukan Rumah Mampu Milik – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 8 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyuarakan kebimbangan terhadap harga rumah yang semakin tidak mampu milik di negeri Sabah, menjadikannya antara negeri yang mencatatkan harga rumah tertinggi di Malaysia. Menurut beliau, jumlah rumah mampu milik yang tersedia di negeri itu masih terlalu sedikit, sekali gus menjejaskan impian ramai rakyat Sabah terutamanya kakitangan kerajaan […]

» Read more
1 2 3 4 426