Ahmad Zahid Tegaskan Tiada Parti Komponen, Friends Of BN Dipinggirkan

SANDAKAN, 21 Julai – Tiada parti komponen Barisan Nasional (BN) dan Friends of BN dipinggirkan, malah semua disantuni dengan baik, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Timbalan Perdana Menteri berkata, semua parti komponen BN dan Friends of BN sentiasa melakukan sesi keterlibatan dan perbincangan bersama, mengenai pelbagai isu. Malah beliau berkata, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee […]

» Baca lanjut

Jangan Pandang Sebelah Mata… TVET Beri Impak Positif Kebolehpasaran Graduan

BALIK PULAU, 20 Julai – Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu dilihat sebagai kerjaya masa hadapan yang boleh meningkatkan pendapatan dan menyumbang kepada proses pembangunan serta kemajuan negara hasil kerja anak watan sendiri, kata Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayob Hussain Shah. Justeru katanya, jangan memandang sebelah mata bidang TVET yang dilabel kerja kolar biru, sebaliknya […]

» Baca lanjut

Tindakan ADUN Rembia Bakal Beri Implikasi Kepada ‘Aku Janji’ PRN Melaka – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Jailani Khamis yang ‘melompat’ ke parti Pas bakal memberi implikasi kepada ‘aku janji’ dimeterai pada Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-15 lalu. Menurutnya, pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka telah mengambil maklum keputusan tersebut dan […]

» Baca lanjut

Penggunaan Teknologi Tingkatkan Kawalan Keselamatan Sempadan Negara – Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Kementerian Dalam Negeri sentiasa komited bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan sempadan negara sentiasa dipelihara dengan melaksanakan penguatkuasaan membanteras dan mengekang ancaman ke arah memastikan keutuhan wilayah Malaysia terus terjamin. Timbalan menteri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata langkah itu dilakukan menerusi agensi-agensi penguatkuasaan di sempadan iaitu Pasukan Gerakan Am, Polis Diraja Malaysia (PGA, PDRM), […]

» Baca lanjut

Terapkan Kesepakatan UMNO, Kerja Keras Pastikan Sokongan Berterusan – Awang Aslee

BEAUFORT, 15 Julai – Ahli-ahli UMNO dalam pelbagai peringkat perlu menerapkan kesepakatan bagi memastikan sokongan dan dukungan rakyat kembali kepada Barisan Nasional (BN) lantas beroleh kemenangan dalam pilihan raya. Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat berkata, kesepakatan di kalangan anggota parti dari kepimpinan atas hingga ke bawah, ahli jawatankuasa empat peringkat, ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM), ketua-ketua cawangan […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Terbuka Dua Jawatan Tertinggi UMNO Dipertandingkan

MUAR, 14 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbuka sekiranya dua jawatan tertinggi dipertanding semasa pemilihan parti itu pada 2026. Beliau berkata bagaimanapun, perkara itu tertakluk kepada perbincangan dan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO. “Mengikut Perlembangaan UMNO, pemilihan dalam parti akan diadakan setiap tiga tahun apabila cukup jeda waktu nanti. Ada klausa pemilihan boleh ditangguhkan selama […]

» Baca lanjut

Dasar TVET Antara Perjuangan UMNO, Hayati Bersatu, Bersetia, Berkhidmat Formula Kebangkitan Parti – Dr Asyraf

RAUB, 14 Julai – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sekali lagi menegaskan keberadaan parti itu bersama Kerajaan Perpaduan hari ini membolehkan pelbagai dasar dirancang dan dilaksanakan. Katanya, pasca Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, keberadaan UMNO/BN dalam kabinet Kerajaan Perpaduan menunjukkan para pemimpin yang dilantik melaksanakan tugas sebaiknya untuk kepentingan rakyat. “Sebagai contoh terdekat … baru-baru ini, […]

» Baca lanjut

Rozi Ajak UMNO Terengganu Terus Bergerak Ke Depan, Lupakan Kekalahan Lalu

KUALA NERUS, 13 Julai – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengajak seluruh ahli dan jentera parti di negeri berkenaan untuk terus bergerak ke depan dalam usaha memastikan perjuangan parti terus subur. Menurut beliau meskipun masing-masing masih dibelenggu kekalahan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, namun itu sudah berlalu dan pada hari ini masing-masing perlu bergerak ke […]

» Baca lanjut

Kejayaan Tidak Akan Muncul Sekiranya Budaya ‘Politik Satay’ Masih Diamalkan – Ahmad Zahid

KUALA  NERUS, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa semangat yang dipamerkan oleh UMNO Terengganu bakal memberi sinar untuk UMNO kembali menerajui negeri tersebut sekaligus memberi perkhidmatan kepada rakyat. Namun tegas beliau kejayaan itu tidak akan berlaku seandainya masih wujud sikap mementingkan diri sendiri apatah lagi budaya ‘politik satay’ terus hidup yang akhirnya merugikan parti. […]

» Baca lanjut

Azalina Tegaskan Semua Mahkamah Sedia Dengar Kes Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 11 Julai – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said  memaklumkan  buat masa ini, semua Mahkamah Sesyen bersedia untuk mendengar kes-kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Menurut beliau setakat ini, sebanyak 10 buah Mahkamah Khas Jenayah Seksual terhadap Kanak-Kanak telah diwujudkan di Semenanjung Malaysia manakala bagi Negeri Sabah dan Sarawak pula, pada masa ini tiada mahkamah […]

» Baca lanjut
1 144 145 146 147 148 417