Kemenangan DUN Nenggiri Untuk Jambatan Kukuh Rakyat Dan Kerajaan Pusat – Ahmad Jazlan

GUA MUSANG, 29 Julai – Pengarah Operasi Pilihan Raya Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob meminta semua pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri supaya menyokong calon Barisan Nasional (BN). Ini kerana katanya dengan kemenangan yang bakal diraikan ia tidak akan meruntuh kerajaan di Putrajaya dan tidak akan merobek kerajaan Negeri Kelantan namun ia akan membina jambatan antara kerajaan Pusat […]

» Baca lanjut

UMNO Kembali Teguh… Politik Pembangunan, Perkhidmatan Perlu Diteruskan – Ahmad Zahid

MERSING, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan para pemimpin dan akar umbi untuk meneruskan politik pembangunan serta perkhidmatan dalam usaha meneguhkan kembali kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, para pendukung parti perlu bermuhasabah mengenai segala kekurangan dan berusaha untuk memperbaikinya. “Cuba kita lihat pada tahun 2018 apabila Perdana Menteri […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Yakin Dengan Penyatuan, Johor Terus Kekal Di Bawah UMNO/BN

JOHOR BAHRU, 27 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin bahawa dengan penyatuan di kalangan ahli dan akar umbi parti akan membolehkan Johor terus berada di bawah kepimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, Johor akan terus menjadi ‘fixed deposit’ UMNO/BN apatah lagi apabila negeri […]

» Baca lanjut

Fakta Sebenar BN-PH… Segala Tohmahan Termasuk ‘Umdap’ Tidak Berfakta – Ahmad Maslan

PENGERANG, 26 JULAI – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata segala tohmahan pihak lawan keberadaan UMNO di dalam Kerajaan Perpaduan hari ini termasuklah tohmahan ‘umdap’ dan sebagainya bukan sahaja tidak berfakta malah amat jauh sama sekali hakikat sebenar. Tegas beliau senario hari ini adalah kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) serta parti-parti lain […]

» Baca lanjut

BN Bina Politik Perpaduan Sejak Awal Penubuhan, Raikan Kepelbagaian Rakyat – Zambry

SANDAKAN, 24 Julai – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata hanya BN satu-satunya parti gabungan yang membina politik perpaduan sejak awal penubuhannya bagi meraikan kepelbagaian rakyat. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata ia dilakukan demi membina negara bangsa yang diimpikan oleh segenap rakyat negara ini bagi menggarap kebersamaan sebagai rakyat Malaysia. […]

» Baca lanjut

Presiden Rasmi Pejabat Baharu UMNO Kinabatangan, Suntikan Semangat Perkasa Parti – Bung Moktar

SANDAKAN, 24 Julai – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberikan penghormatan merasmikan pejabat baharu UMNO Bahagian Kinabatangan yang terletak di bandar Fajar, Jalan Leila kira kira satu kilometer dari bandar Sandakan. Ahmad Zahid yang seterusnya merasmikan Himpunan dan Konvensyen Barisan Nasional (BN) pada Ahad telah meluangkan masa merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Kinabatangan ini. […]

» Baca lanjut

Santuni Rakyat, Jeffery Nor Realitikan Kesinambungan Khidmat Bakti UMNO Tanpa Henti

BATU SAPI, 23 Julai – UMNO merealitikan ungkapan sentiasa bersama rakyat apabila meneruskan khidmat bakti dengan menyantuni mereka yang dilanda musibah selain kunjungan ziarah kasih kepada masyarakat. Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed yang juga Pengerusi FELCRA Balingian Plantation Sdn Bhd telah turun padang ke tapak sementara tadika Kafa di Kampung Gas, di sini bagi menyampaikan sumbangan […]

» Baca lanjut
1 143 144 145 146 147 417