Bung Moktar Kecam Ucapan Berbaur Hasutan Dan Retorik Murahan

KOTA KINABALU, 11 Dis — Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, mengkritik keras ucapan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang disampaikan semasa Majlis Pelancaran Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) baru-baru ini. Bung Moktar menyifatkan ucapan tersebut sebagai berunsur hasutan, penuh dengan retorik murahan, dan hanya menjatuhkan kredibiliti Kitingan sendiri. Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Bung […]

» Read more

Alhamdulillah… Model BN Terbaik, Terus Diperkasakan Demi Perjuangan Rakyat Dan Negara

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Barisan Nasional (BN) dilihat terus mengorak langkah ke depan dengan pelbagai perancangan termasuklah apa yang digagaskan oleh Pengerusi parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Sabtu lalu. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Rais Yasin berkata menerusi Sambutan Jubli Emas Ke-50 parti itu, prinsip dan semangat perjuangan BN terus mekar dan memperlihatkan BN […]

» Read more

HNDP 2040: Usaha Baharu Kurangkan Kesesakan Jalan Raya Seluruh Malaysia – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Kementerian Kerja Raya telah menerbitkan pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya atau Highway Network Development Plan (HNDP) yang meliputi seluruh Malaysia bertujuan untuk mengenalpasti keperluan menaik taraf jalan sedia ada atau membina jalan baharu yang melibatkan jalan persekutuan dan jalan utama negeri. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata pelaksanaan cadangan projek yang dikenalpasti […]

» Read more

PBRS Lihat Model BN Terbaik, Kekal Setia Mengorak Langkah Bersama – Freddie Sua

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Penerangan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Datuk Freddie Sua melihat hubungan yang sedia ada di dalam Barisan Nasional (BN) terus diperkukuhkan untuk melakar kejayaan pada masa depan. Bagi beliau Majlis Sambutan Jubli Emas Ke-50 parti itu Sabtu lalu bukan sahaja merapatkan lagi hubungan sedia ada malah terus memperkukuhkan lagi gerakan dalam usaha memastikan parti […]

» Read more

Jubli Emas BN 50 Tahun, Tempoh Panjang Tadbir Negara – Norliza Rahim

KUALA LUMPUR,9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan kesyukuran dapat meraikan Jubli Emas Barisan Nasional (BN) peringkat kebangsaan yang ke-50. Norliza yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia berkata, BN mempunyai ramai rakan komponen yang bersama dengan gabungan ini, selama 50 tahun telah mentadbir negara pada tempoh yang sangat panjang. “Sewaktu 50 tahun […]

» Read more

Jubli Emas BN: Barisan Kepimpinan, Akar Umbi Jadi Tunjang Kekuatan Parti – Zambry

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Kekuatan yang masih dimiliki oleh Barisan Nasional (BN) adalah barisan pemimpin yang berwatak sederhana dan akar umbi, kata Setiausaha Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja (MKT) UMNO berkata, sambutan ulang tahun BN ke-50 yang diadakan semalam menandakan genap lima dekad keberadaan parti ini dalam arena politik […]

» Read more

BN Komited Kebersamaan: MCA, MIC Dan PBRS Perkukuh Perpaduan

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan bahawa meskipun parti itu tidak memegang jawatan dalam kerajaan atau mana-mana badan berkaitan kerajaan (GLC) ketika ini, namun MCA akan terus memainkan peranan aktif dalam Barisan Nasional (BN). Beliau menyatakan komitmen penuh MCA untuk memastikan semangat kerjasama dan solidariti dalam BN terus kukuh serta menyeru semua […]

» Read more

Manifestasikan Rancangan BN, Bawa Agenda Rakyat Lima Tahun Mendatang

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berpandangan rancangan Barisan Nasional (BN) seumpama Rancangan Malaysia perlu dilaksanakan sebagai manifestasi kepada komitmen parti dalam membawa agenda rakyat untuk tempoh lima tahun mendatang. Beliau berkata, rancangan ini perlu berteraskan kepada empat bentuk yang meliputi ekonomi dan pembangunan masyarakat. Menurut Dr Sivamurugan melalui […]

» Read more

Pindaan RUU Perlembagaan (2024): Noraini Idris Sentuh Isu Kewarganegaraan Di Dewan Negara

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Senator Datuk Noraini Idris telah mengutarakan pandangannya terhadap cadangan pindaan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2024 yang melibatkan isu kewarganegaraan dengan menyokong pindaan tersebut, namun menekankan beberapa kebimbangan serta cadangan untuk memastikan keadilan dan keberkesanan pelaksanaannya. Noraini memuji pindaan pada Perkara 14(1)(b) yang membolehkan ibu warganegara Malaysia menurunkan kewarganegaraan kepada anak mereka yang lahir di luar […]

» Read more

Suhaimi Mohon Perhatian Khusus Sasaran Sifar Sekolah Daif

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Ahli Parlimen Libaran Datuk Suhaimi Nasir menyambut baik hasrat Kerajaan untuk mencapai sasaran sifar sekolah daif menjelang 2029. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Libaran juga memohon agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat meneliti sekolah-sekolah tersebut serta menjadikan ianya sebagai senarai keutamaan negeri bagi tahun 2025. “Di Parlimen Libaran terdapat 16 buah sekolah yang daif […]

» Read more
1 137 138 139 140 141 426