“Radu Tetap Radu” Di DUN Bandau, Tanda Kesungguhan UMNO Pertahankan Hak Rakyat

KOTA MARUDU, 3 Jun – UMNO Bahagian Kota Marudu telah melancarkan program “Radu Tetap Radu” di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandau sebagai satu inisiatif memperkukuhkan gerak kerja akar umbi dan meningkatkan kesiapsiagaan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang. Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata bahawa program ini bukan sekadar satu pelancaran biasa, sebaliknya satu lambang […]

» Read more

BN 51 Tahun: Mohd Rafi Seru Penyatuan Dan Kebangkitan Semula

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan mengucapkan selamat menyambut ulang tahun ke-51 kepada Barisan Nasional (BN), sambil menyeru kebangkitan semula gabungan politik itu dalam landskap politik tanah air. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Labuan menegaskan bahawa BN, sejak zaman Parti Perikatan, telah menjadi simbol kestabilan dan kemajuan negara selama lebih […]

» Read more

Perjuangan BN Rangkul Kepelbagaian, Rentas Garis Perbezaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata lebih separuh abad lamanya, BN menjadi gagasan jiwa yang merangkul kepelbagaian, merentas garis perbezaan, dan menyatukan rakyat di bawah panji cita-cita besar demi Malaysia yang damai, makmur serta berdaya tahan. Menurut beliau dalam badai perubahan zaman, ketika dunia berubah arah dan angin politik bertukar […]

» Read more

51 Tahun Perjuangan BN Bukan Tempoh Singkat – Jalaluddin

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata 51 tahun perjuangan Barisan Nasional (BN) bukanlah tempoh yang singkat. Menurut beliau ianya membuktikan ketahanan, kematangan dan iltizam parti berkenaan dalam mendepani pelbagai cabaran dan perubahan landskap politik tanah air. “Selamat Ulang Tahun Ke-51 Barisan Nasional (BN) kepada seluruh warga parti dan rakyat Malaysia […]

» Read more

Pesta Kaamatan, Hari Gawai Cerminkan Kekayaan Tradisi Yang Bernilai – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 30 Mei – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang disambut pada 30 Mei hingga 2 Jun setiap tahun sebagai simbolik keharmonian dalam kalangan masyarakat yang menyambutnya. Beliau berkata ia khusus kepada masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Dayak dan pelbagai etnik lain di Sabah dan […]

» Read more

Program Santai Anak Muda UMNO Beaufort Perkukuh Ikatan Dalam Masyarakat

BEAUFORT, 27 Mei – Program santai bersama anak muda anjuran Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Beaufort telah berlangsung meriah di Gelanggang Bola Tampar Kampung Tempurung, dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama UMNO Sabah serta sokongan padu daripada masyarakat setempat. Ketua Bahagiannya, Datuk Awang Aslee Lakat memaklumkan bahawa program ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan santai, dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat terutamanya […]

» Read more

UMNO Terus Prihatin: Sharif Musa Aktif Salur Bantuan, Pulih Kemudahan Belia Di Lahad Datu

LAHAD DATU, 27 Mei – UMNO terus memperkukuh peranannya sebagai parti yang dekat dengan denyut nadi rakyat, apabila Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul, tampil memenuhi pelbagai permintaan masyarakat, khususnya golongan belia di kawasan pedalaman seperti Kampung Lamak Silam, Kampung Sapagaya dan Kampung Bakau Sity Motor. Sharif Musa menzahirkan komitmen terhadap kebajikan belia dan kemajuan kampung apabila […]

» Read more

Bekalan Air UMS: Perlu Tindakan Segera Demi Kebajikan Mahasiswa

KOTA KINABALU, 26 Mei – Puteri UMNO Sabah menyuarakan kekesalan mendalam terhadap isu gangguan bekalan air yang berlarutan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang telah menjejaskan urusan mahasiswa lebih-lebih lagi menjelang musim peperiksaan Jun dan Julai ini. Ketua Penerangannya, Zairani Awang berkata gangguan bekalan air ini bukan sahaja menjejaskan keselesaan harian pelajar tetapi turut memberi kesan negatif kepada kesihatan mental […]

» Read more

Kerjasama Politik Penting, Mewakili Kepelbagaian Rakyat – Dr Zambry

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kerjasama dalam kalangan parti-parti politik sebagai penting dalam pembentukan kerajaan. Beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi berkata ini kerana parti-parti politik sebagai mewakili kepelbagaian yang ada di negara ini. “Untuk masa hadapan suka atau tidak dengan mengambil kira apa yang berlaku di Singapura, […]

» Read more
1 124 125 126 127 128 426