Jangan Tertipu Alasan Politik, Pilih Parti Utamakan Rakyat – Bung Moktar

KINABATANGAN, 16 Julai – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengingatkan rakyat tidak mudah terpedaya dengan tindakan segelintir pemimpin yang melompat parti kononnya demi menjaga kepentingan rakyat, sedangkan hakikatnya mereka hanya mahu menjaga kepentingan peribadi. Menurut Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merangkap ADUN Lamag, tindakan melompat parti demi imbuhan dan jawatan adalah satu bentuk pengkhianatan kepada […]

» Read more

Semangat Akar Umbi Luar Biasa, Persidangan Medan Kukuhkan Gerak Kerja – SUA

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengagumi semangat ahli akar umbi khususnya perwakilan sepanjang berlangsung persidangan bahagian dan juga cawangan. Katanya, ia merupakan satu perkembangan yang amat positif di samping inti perbahasan dan usul yang bernas diutarakan akan diangkat ke negeri dan seterusnya ke Perhimpunan Agung UMNO kelak. “Semangat akar umbi kepada UMNO […]

» Read more

Rakyat Sedar… Tidak Ada Kerajaan Terbaik Selain UMNO/BN – Ahmad Jazlan

TANAH MERAH, 15 Julai – Rakyat kini semakin sedar bahawa tidak ada kerajaan dan parti yang terbaik selain daripada UMNO/Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Jelasnya, beliau teruja apabila menyaksikan ramai ahli dan akar umbi hadir untuk memeriahkan Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Tanah Merah yang berlangsung pada Jumaat. “Saya cukup teruja […]

» Read more

Muhyiddin Obses Mahu Jadi PM ‘Tebuk Atap’ – Puad

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil menyifatkan pemimpin itu sebagai obses ‘menebuk atap’. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit berkata ini kerana Muhyiddin melalui kenyataannya mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan. “Muhyiddin mendesak agar PMX letak jawatan kerana faktor […]

» Read more

UMNO Beaufort Perkukuh Kesiapsiagaan Jentera Hadapi PRN17, Mantapkan GOTV

BEAUFORT, 14 Julai – UMNO Bahagian Beaufort terus siapsiaga dalam usaha memperkukuh jentera parti menjelang Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17) dengan penganjuran melaksanakan kursus dan latihan Get-Out-The-Vote (GOTV) di dua kawasan penting iaitu DUN Kuala Penyu dan DUN Klias. Ketuanya, Datuk Awang Aslee Lakat memaklumkan bahawa program tersebut dirangka khusus untuk meningkatkan kefahaman, kecekapan serta disiplin gerak kerja jentera […]

» Read more

Titah Adendum Najib Wajar Dilaksana, Tolak Dakwaan Layanan Istimewa

BATU, 14 Julai – Pemuda UMNO Bahagian Batu menggesa agar Titah Adendum yang membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah dilaksanakan segera tanpa sebarang alasan atau dolak-dalik daripada pihak berkuasa. Gesaan itu dibuat susulan pengesahan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC) mengenai kewujudan dokumen berkenaan dalam prosiding Mahkamah Persekutuan baru-baru ini, […]

» Read more

Jangan Takut, Ahli UMNO Mesti Agresif Tolak Mainan Persepsi Pihak Lawan

PENDANG, 13 Julai – Ahli parti mesti agresif mempertahankan parti daripada sebarang cemuhan pihak lawan, tegas Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. Kata Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang, ahli jangan takut melawan setiap mainan persepsi dan sentimen yang ditimbulkan oleh mereka. Menurutnya lagi, negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu turut menerima tempias apabila […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Tinggalkan Rakan Komponen BN – Ahmad Zahid

SUNGAI BULOH, 13 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, UMNO akan terus setia bersama rakan komponennya dalam Barisan Nasional (BN) iaitu MCA, MIC dan Friends of BN dalam apa jua keadaan. Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN menyeru agar parti komponen tidak mengambil langkah terburu-buru termasuk mengugut untuk meninggalkan gabungan ketika berdepan cabaran politik […]

» Read more

Sejak PRU Pertama UMNO Bentuk Kerjasama Bersama Parti Lain Depani Pilihan Raya – SUA

JITRA, 12 Julai – Sejak Pilihan Raya Umum (PRU) yang pertama, UMNO tidak pernah berkeseorangan dan sentiasa bekerjasama dengan parti-parti lain dalam mendepani pilihan raya, ujar Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. Ujarnya, ia bermula dengan Perikatan yang dibentuk bersama MCA dan MIC, hinggalah kini atas nama Barisan Nasional (BN) yang pernah dianggotai berbelas parti baik dari Semenanjung […]

» Read more

Tiada Komuniti Nelayan Boleh Tercicir Dalam Pembangunan – Suhaimi Nasir

LIBARAN, 10 Julai – Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan bahawa tiada komuniti nelayan, khususnya di kawasan Libaran, boleh dibiarkan tercicir daripada menerima manfaat pembangunan yang disediakan oleh kerajaan. Menurut beliau, meskipun pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui Jabatan Perikanan (DOF) Sabah dan Ko-Nelayan, jumlah penerima bantuan masih belum mencukupi dan perlu diperluas secara menyeluruh. “Kita […]

» Read more
1 118 119 120 121 122 426