Satu PPK Akan Disediakan Di Setiap Negeri Berisiko Banjir – Ahmad Zahid

SUNGAI BESAR, 8 Dis – Kerajaan sedang berusaha menyediakan sembilan pusat pemindahan kekal (PPK) bagi mengurangkan kesan kerosakan kepada sekolah-sekolah yang kini digunakan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika banjir. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata satu PPK akan dibina di setiap negeri yang berisiko tinggi banjir, berikutan kos penyelenggaraan yang tinggi selepas bencana berlaku. “Kita […]

» Read more

Tiga Institusi TVET Terjejas Banjir Segera Dibaiki – Ahmad Zahid

MELAKA, 4 Dis – Tiga institusi menawarkan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terjejas banjir di Kelantan akan segera dibaiki bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terjejas. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata institusi yang terjejas ialah Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas, GIAT Mara Pasir Mas dan GIAT Mara Tumpat, yang mengalami kerosakan […]

» Read more

Baik Pulih Jalan Terputus Tumpat Ke Pengkalan Kubor Akan Dilakukan Secepat Mungkin

TUMPAT, 3 Dis – Kerja-Kerja membaik pulih jalan negeri menghubungkan bandar ini ke Pengkalan Kubor yang terputus akibat arus deras banjir akan dilakukan secepat mungkin dan menelan kos sebanyak RM2.5 juta. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, semua peruntukan untuk memperbaiki jalan terjejas termasuk di Taman Sri Bayu itu adalah anggaran awal yang mungkin berubah. “Daripada peruntukan […]

» Read more

Banjir: KPWKM Hantar Sukarelawan Tambahan Bantu Urus Mangsa Banjir – Noraini

KOTA BHARU, 2 Dis – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan menghantar sukarelawan tambahan kepada negeri terjejas banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut bagi membantu pengurusan mangsa terlibat. Timbalan Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, setakat ini terdapat 9,782 sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berdaftar di seluruh negara dan 101 sukarelawan tambahan telah dihantar ke negeri ini, […]

» Read more

Bantuan Wang Ihsan Kepada KIR Terjejas Banjir Mula Diagihkan Semalam

KUALA BERANG, 30 Nov – Kerajaan Persekutuan mengagihkan Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir di seluruh negara bemula semalam, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata bantuan diagihkan kepada setiap KIR yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan mengikut syarat ditentukan […]

» Read more

Johor Beri Rebat 30 Peratus Cukai Harta Melibatkan 10 PBT – Mohd Jafni

JOHOR BAHRU, 29 Nov – Pemberian rebat 30 peratus daripada nilai penyelarasan baharu cukai harta melibatkan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor akan bermula 1 Jan tahun hadapan. Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata 10 PBT yang sedang dalam proses penyemakan semula kadar cukai adalah Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), Majlis Perbandaran Muar […]

» Read more

‘Cadangan Banjir Sebagai Produk Pelancongan Adalah Dangkal’- Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menempelak cadangan exco kerajaan Kelantan untuk menjadikan banjir sebagai produk pelancongan negeri itu. Menurut beliau, banjir merupakan musibah dan tidak perlu dijadikan sebagai produk pelancongan yang dikhuatiri memberikan risiko. “Maaf saya tidak setuju cadangan exco kerajaan Pas Kelantan menjadikan Banjir sebagai produk pelancongan. “Banjir adalah musibah yang […]

» Read more

Kerajaan Prihatin Situasi Banjir, Ambil Pelbagai Langkah Urus Bencana – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat, hari ini menegaskan bahawa kerajaan Malaysia sentiasa prihatin terhadap situasi banjir yang melanda beberapa negeri di negara ini. Ujarnya, sehingga tengah hari tadi, laporan rasmi menunjukkan bahawa tujuh negeri terjejas akibat banjir, termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Perlis, […]

» Read more

Jelajah Penerangan: Manfaatkan Media Sosial, Tinggalkan Pendekatan Lama – Azalina

PENGERANG, 24 Nov – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said beranggapan bahawa semua jentera parti perlu memanfaatkan media sosial dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi untuk memenangi hati para pengundi. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pengerang berkata, kaukus 3P ‘war room’ ini dicipta sebagai senjata untuk melawan musuh pada masa akan datang. “Kita sebagai orang Melayu […]

» Read more
1 23 24 25 26 27 312