Johor Sasar Bina 80,000 Unit RMMJ Sehingga 2029

KLUANG, 13 April – Kerajaan Johor menyasarkan pembinaan 80,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) sehingga tahun 2029 bagi membantu penduduk di negeri berkenaan memiliki rumah yang lebih selesa. Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehingga kini 16,845 unit rumah berjaya disiapkan dan kira-kira 14,000 unit lagi akan disiapkan menjelang tahun 2027. Beliau berkata tambahan 50,000 unit lagi akan […]

» Baca lanjut

Bung Moktar Umum UMNO Sabah-PH Bergabung Hadapi PRN17

KOTA KINABALU, 14 April – Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengumumkan bahawa parti itu akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah berkata, keputusan tersebut dimuktamadkan bagi menjawab persoalan banyak pihak berhubung dengan siapa UMNO Sabah akan bekerjasama dalam PRN kali ini. […]

» Baca lanjut

Mahkota, Nenggiri Jadi Bukti Anak Muda Masih Sokong BN – Dr Akmal

TAPAH, 12 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dan Nenggiri menjadi bukti bahawa anak muda masih menyokong parti ini. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kemenangan itu juga adalah berdasarkan kepada kesetiaan dan kerja keras […]

» Baca lanjut

Melaka Terima Impak Positif Hasil Hubungan Dengan Guanxi Zhuang, China

MELAKA, 9 April – Melaka menerima impak positif hasil hubungan dua hala dengan wilayah autonomi Guanxi Zhuang, China, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Beliau berkata antaranya ialah peningkatan kemasukan pelancong dari China kepada 664,000 pada 2024, berbanding 204,000 tahun sebelumnya dengan penglibatan kumpulan budaya dari wilayah autonomi berkenaan turut mengadakan persembahan sempena Majlis Pelancaran Tahun Melawat Melaka […]

» Baca lanjut

Ahmad Zahid Mahu Elaun Anggota Sukarelawan APM Ditingkatkan

KAJANG, 9 April – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan elaun anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam (APM) ditingkatkan kepada RM80 sehari berbanding RM40 sehari ketika ini. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata beliau ingin memperjuangkan cadangan menaikkan elaun berkenaan, sekali gus membawanya ke peringkat Jemaah Menteri. “Saya telah memperjuangkan perkara ini ke […]

» Baca lanjut

Tarif Baharu Amerika Syarikat: Apa Maknanya Untuk Rakyat Malaysia?

Pengumuman Mengejut dari Washington Pada 3 April 2025, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengumumkan pelaksanaan dasar perdagangan baharu yang menyaksikan pengenaan tarif sebanyak 24% ke atas kebanyakan produk import dari Malaysia, berkuat kuasa mulai 9 April. Langkah ini merupakan sebahagian daripada kempen perdagangan yang lebih luas di bawah Akta Kuasa Ekonomi Kecemasan Antarabangsa (IEEPA), di mana tarif dikenakan terhadap negara-negara […]

» Baca lanjut

Malaysia Hantar Pasukan SMART Sertai SAR Di Myanmar, Thailand – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR,29 Mac – Malaysia mengatur gerak pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) ke Myanmar susulan gempa bumi kuat yang melanda bahagian tengah negara itu dan utara Thailand. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pasukan tersebut dijadualkan tiba di Yangon pada Sabtu sekitar jam 1.00 tengah hari bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat […]

» Baca lanjut

PRK Ayer Kuning: Gerak Kerja Giat Berjalan, Dekati Para Pengundi

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Gerak kerja untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sedang giat dijalankan bagi mendekati para pengundi. Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din berkata, pelbagai program telah diadakan dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad turun hampir setiap hari ke Tapah. “Kita dah memulakan gerak kerja […]

» Baca lanjut

Pahang Sediakan Baucar Bantu Golongan Memerlukan

BERA, 16 Mac – Kerajaan Negeri Pahang mengambil inisiatif terkini dengan memperkenalkan baucar untuk pembelian barangan makanan dan keperluan di beberapa pasar raya terpilih dalam usaha membantu golongan memerlukan. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata baucar bernilai RM50 itu akan diserahkan kepada pemimpin setempat untuk diagihkan kepada mereka yang telah dikenal pasti, dan boleh digunakan di […]

» Baca lanjut

PRK Ayer Kuning: BN Perak Lancar Jentera, Umum Calon 5 April

BIDOR, 16 Mac- Barisan Nasional (BN) akan melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada 5 April depan. Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelancaran itu akan diadakan dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Tapah. Pada majlis sama, pihaknya juga akan mengumumkan nama calon yang akan bertanding dalam PRK tersebut. Suruhanjaya Pilihan […]

» Baca lanjut
1 14 15 16 17 18 308