UMNO Labuan Terus Aktif Laksana Gerak Kerja Demi Rakyat

LABUAN, 17 Sept – Usaha bagi memastikan rakyat mendapat pembelaan demi kehidupan yang lebih selesa sentiasa dilaksana oleh UMNO Labuan dengan mengaktifkan gerak kerja turun padang dan mendengar keluhan mereka lantas mencari jalan bagi menyelesaikan permasalahan yang ada. Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata, rakyat sememangnya memerlukan saluran untuk menjadi jambatan antara mereka dengan kerajaan maka UMNO adalah wadah […]

» Read more

Naikkan Had Umur Puteri UMNO Berikan Pengalaman, Kestabilan Dalam Memimpin – Atiqah

KUALA LUMPUR, 7 Sept – Pergerakan Puteri UMNO Wilayah Persekutuan menyifatkan hasrat mereka untuk dinaikkan had umur keanggotaan dalam sayap itu relevan untuk memberikan pengalaman, kestabilan dalam memimpin. Ketuanya, Nur Atiqah Najihah Hairudi berkata kematangan dalam berpolitik juga elemen penting bagi memastikan pemimpin muda di peringkat akar umbi memahami gerak kerja sayap itu sekaligus membuktikan Puteri kekal relevan bagi mendekati […]

» Read more

Pasca-PAU 2024: Pembelaan Melayu-Islam Terus Jadi Inti Misi UMNO – Mu’izz

KUALA LUMPUR, 2 Sept – UMNO sentiasa komited terhadap prinsip pembelaan Melayu-Islam yang terus menjadi inti daripada misi parti, kata Ketua Penerangan UMNO Bahagian Segambut, Mu’izz Nasruddin. Jelasnya, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 menjadi titik tolak kepada para pemimpin dan ahli parti untuk memperbaharui strategi dalam usaha merelevankan UMNO. “PAU 2024 bukan sekadar persidangan tahunan biasa, tetapi ia adalah titik […]

» Read more

Artikel Berbaur Fitnah: Penerangan Pemuda UMNO WP Buat Laporan Polis Ke Atas Tun Faisal

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah membuat laporan polis ke atas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kerana memuat naik artikel berbaur fitnah di laman Facebooknya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO WP, Nasrun Nasaruddin berkata, hantaran yang dibuat pada 27 Ogos lalu itu berbaur fitnah dan mencabar kredibiliti Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan […]

» Read more

Tengku Azman Hargai Keprihatinan UMNO, Jalan TAR Bakal Jadi Zon Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Cadangan untuk menjadikan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) sebagai zon khas ekonomi kebudayaan, kesenian dan warisan Bumiputera yang diusulkan dalam sesi Perbahasan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024) telah disambut baik kepimpinan parti. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Bukit Bintang, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin melahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad […]

» Read more

Beban Ekonomi, Kehidupan Rakyat Bawa Kesan Kepada Kesihatan Mental – UMNO WP

KUALA LUMPUR, 24 Ogos – UMNO Wilayah Persekutuan membangkitkan permasalahan kehidupan dan beban ekonomi yang melingkari rakyat di bandar khususnya yang tinggal di Bandaraya Kuala Lumpur. Wakilnya, Datuk Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata, semua permasalahan yang timbul itu akhirnya akan memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosi dalam institusi keluarga. “Bercakap soal kos sara hidup, memang kita acapkali menjadikan […]

» Read more

Pemuda UMNO WP Cadang Jalan TAR Digazetkan Kawasan Warisan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Zamri Mahamud mencadangkan agar peniaga-peniaga di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini atau lebih dikenali sebagai Jalan TAR digazetkan sebagai kawasan warisan, sepertimana Petaling Street bagi masyarakat Cina dan Brickfields bagi masyarakat India. Katanya langkah berkenaan amat penting dalam usaha memastikan survival peniaga-peniaga Melayu di kawasan terbabit terus terpelihara […]

» Read more

UMNO Sabah Masih Kukuh, Teruskanlah Perjuangan – Johari

SANDAKAN, 29 Julai – UMNO Sabah sebenarnya masih kuat dan kukuh namun oleh kerana tindakan sebilangan pemimpin parti yang tidak memiliki prinsip dan kesetiaan dalam perjuangan dengan melompat menyertai parti lain menyebabkan UMNO Sabah hampir lumpuh. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ketika UMNO/Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan di seluruh negara, […]

» Read more

Suraya Hargai Komitmen Ahli, Kepimpinan Akar Umbi Sebagai Penggerak UMNO

PENDANG, 20 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pendang Datuk Suraya Yaacob menghargai jasa ahli dan kepimpinan masyarakat di peringkat akar umbi sebagai penggerak parti sama ada ketika UMNO berkuasa mahupun tidak. Katanya, komitmen mereka yang berada di peringkat Cawangan dalam melaksanakan tanggungjawab sangat bermakna supaya UMNO terus dapat memberi khidmat kepada rakyat. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua Ketua UMNO […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 99