Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 Usaha Kembalikan Impian Asal Perpaduan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 adalah usaha untuk mengembalikan semula impian asal mengenai perpaduan yang tersurat dalam lima prinsip Rukun Negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata Rukun Negara merupakan dokumen asas tatacara kehidupan bermasyarakat warga Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 bertujuan membina perpaduan yang kukuh dalam kalangan […]

» Read more

KBBM, PJM Akan Diperhebatkan Tahun Hadapan – Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan meneruskan kempen berimpak tinggi seperti Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) serta Program Jualan Malaysia (PJM) dan akan diperhebatkan pada tahun hadapan. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KBBM telah mencatatkan impak positif kepada ekonomi domestik manakala PJM pula mencatatkan prestasi seperti […]

» Read more

PM Lancar Pas Keluarga Malaysia, Galak Penggunaan Pengangkutan Awam

KUALA LUMPUR, 22 Nov – Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pas tersebut membolehkan seramai empat orang dalam satu kumpulan menikmati perjalanan satu hari tanpa had pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum […]

» Read more

Undi Bajet 2022 Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Pengundian untuk meluluskan Bajet 2022 pada peringkat dasar menjadi tumpuan utama persidangan Dewan Rakyat hari ini. Undian Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 itu dijangka dijalankan selepas baki lima lagi kementerian melakukan penggulungan perbahasan bagi rang undang-undang tersebut. Ia melibatkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya […]

» Read more

Bulan Keluarga Kebangsaan Kini Bulan Keluarga Malaysia – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Bulan Keluarga Kebangsaan akan dikenali sebagai Bulan Keluarga Malaysia (BKM) mulai tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata sambutan itu yang diraikan pada bulan November, akan menjadi platform untuk menyemarakkan keutuhan serta keterangkuman dalam Keluarga Malaysia. “Ini sekali gus menjamin kemakmuran dan perpaduan sebuah keluarga yang besar,” katanya ketika berucap […]

» Read more

PM Ismail Sabri Nasihati Keluarga Malaysia Patuh SOP Dalam Kemeriahan Deepavali

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menasihati Keluarga Malaysia yang bakal menyambut Deepavali pada Khamis ini supaya terus patuh prosedur operasi standard (SOP). Beliau berkata dalam kemeriahan menyambut perayaan itu mereka perlu terus berhati-hati dan menjaga kesihatan. “Kepada seluruh masyarakat kaum Hindu di seluruh negara, saya ucapkan selamat menyambut Hari Deepavali,” katanya […]

» Read more

Jadikan Perbezaan Satu Kelebihan Harungi Krisis Ekonomi, Kesihatan – PM Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencabar ketika ini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mahu apa jua perbezaan dijadikan sebagai kelebihan dan bukannya kelemahan, manakala sebarang persamaan, dijadikan sebagai sumber kekuatan. Perdana menteri berkata sebagai Keluarga Malaysia, setiap daripada rakyat dalam negara perlu berganding bahu untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dalam norma […]

» Read more

Lembah Klang, Melaka Beralih Ke Fasa Empat Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Melaka akan beralih daripada Fasa Tiga kepada Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa Isnin ini (18 Okt). Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah pula akan beralih daripada Fasa Dua kepada Fasa Tiga berkuat kuasa tarikh sama. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam […]

» Read more
1 56 57 58 59 60 88